Selamat Hari Istirahat Sedunia! Madu Ajar Korang Cara Nak Istirahat Ala King & Queen Of The Day! – Manis Madu
Selamat Hari Istirahat Sedunia

Selamat Hari Istirahat Sedunia! Madu Ajar Korang Cara Nak Istirahat Ala King & Queen Of The Day!

Bersempena hari istirahat seluruh dunia, Madu akan kongsikan beberapa cara untuk menenangkan diri yang terbukti berkesan secara saintifik.

Hari Istirahat Sedunia jatuh pada tarikh 15 Ogos setiap tahun, Maduners bernasib baik ia pada hujung minggu tahun ini!

 

Mungkin Maduners pelik dan terfikir “nak relax pun kena ikut kajian saintifik ke?”

 

Tidaklah, tujuan Madu share pengetahuan ini hanya untuk menambahkan lagi idea untuk anda semua menenangkan diri! Mungkin ada yang belum jumpa cara yang terbaik lagi, betul tak?

1. Mendengar lagu-lagu klasik

Mendengar lagu-lagu klasik

Secara khususnya, lagu-lagu klasikal dapat memperlahankan degupan jantung, menurunkan tekanan darah dan juga hormon stres.

2. Minum teh hijau bersama madu

2. Minum teh hijau bersama madu

Menurut Mental Floss, teh hijau mengandungi L-theanine, yang dapat mengurangkan tekanan. Madu pula mampu mengurangkan kemurungan, berbeza dengan pemanis-pemanis yang lain. Sihat dan bermanfaat!

3. Memakan buah pisang

Dalam banyak-banyak buah, kenapa pisang? Pisang mengandungi Kalium yang dapat menstabilkan tekanan darah.

4. Meletakkan tumbuhan hijau di tempat kerja atau bilik tidur

staff-working-office-plant_768

Tumbuhan sangat efektif untuk meningkat kadar oksigen dalam sesuatu ruangan, untuk kesihatan dan pelbagai lagi! Madu ada berleter panjang lebar tentang kebaikannya di https://manismadu.com.my/pelbagai-manfaat-kini-tumbuhan-indoor-menjadi-kegilaan-orang-ramai/ .

5. Meniup belon

Pelik tapi berkesan! Meniup belon akan membantu anda memberi tumpuan semula pada pernafasan. Tapi jangan pula tiup sampai 10 belon! Pengsan nanti.

Madu faham memang lain orang, lain cara untuk menenangkan diri. Keberkesanan sesuatu aktiviti juga terletak pada diri sendiri. Selamat berehat, jangan stress-stress!

Post a Comment