Selena Gomez Mahu Berhenti Jadi Penyanyi Kerana Rasa Tidak Dihargai? – Manis Madu
Selena Gomez Mahu Berhenti Jadi Penyanyi Kerana Rasa Tidak Dihargai

Selena Gomez Mahu Berhenti Jadi Penyanyi Kerana Rasa Tidak Dihargai?

Penyanyi Selena Gomez dalam temubual bersama majalah Vogue keluaran April 2021 memberi bayangan dia tidak akan selamanya menyanyi dan mengabadikan diri dalam bidang seni.

Selena, 29, berkata dia merasakan tidak semua pihak mengambil serius tentang apa yang diperjuangkannya dalam bidang muzik selama ini.

 

“Sukar untuk terus berada dalam bidang muzik sekiranya orang di sekeliling tidak mengambil apa yang kamu lakukan itu secara serius.

 

“Kadang-kadang ia membuatkan saya terfikir, apa gunanya saya terus menyanyi?” luah Selena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez)

Platun lagu Love You Like A Love Song itu juga berkata, dia sudah memberikan yang terbaik menerusi single Lose You to Love Me namun karya itu masih menjadi perdebatan kerana dikatakan tidak menarik oleh sesetengah pihak.

 

“Saya merasakan lagu itu merupakan lagu terbaik pernah saya nyanyikan tapi masih ada lagi orang berkata yang ia tidak cukup bagus.

 

“Walaupun begitu, saya tetap bersyukur kerana masih ada lagi peminat yang menghargai lagu-lagu saya.

 

“Saya nak cuba buat kelainan untuk album seterusnya sebelum saya mungkin betul-betul bersara selepas ini.” katanya lagi.

 

Perjalanan karier Selena bermula menerusi album sulung berjudul Kiss & Tell pada tahun 2009 diikuti lima buah album lagi termasuk dua bandnya, Selena Gomez & The Scene.

Post a Comment