Bomba Berjaya Halang Cubaan Wanita Untuk Bunuh Diri – Manis Madu
Bomba Berjaya Halang Cubaan Wanita Untuk Bunuh Diri

Bomba Berjaya Halang Cubaan Wanita Untuk Bunuh Diri

Seorang wanita berumur 39 tahun berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada cubaan bunuh diri di Stesen Monorail Jalan Maharajalela di ibu negara pagi ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8:57 pagi itu menyaksikan wanita warga tempatan tersebut cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bumbung jejantas stesen monorail berkenaan dengan ketinggian hampir 10 meter.

 

Menurut kenyataan Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Wan Hamizan Kamaruddin, wanita itu turut mengacukan pisau pada bahagian leher bertujuan menghalang pasukan penyelemat menghampiri dan membantunya.

 

“Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap mangsa pada pukul 9:28 pagi dalam keadaan selamat. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Wan Hamizan juga turut berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 8:57 pagi.

 

Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu dikerahkan memberi bantuan.

Post a Comment