Semai Budaya Hargai Pekerja Kebersihan, Didikan Pasangan Ini Dipuji Warganet – Manis Madu
Semai Budaya Hargai Pekerja Kebersihan, Didikan Pasangan Ini Dipuji Warganet

Semai Budaya Hargai Pekerja Kebersihan, Didikan Pasangan Ini Dipuji Warganet

Pekerja kebersihan adalah individu yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran kita sekaligus menjadikan mereka individu paling berjasa besar kerana pekerjaan dilakukan bukan perkara yang mudah.

dimas-handy-8svRZcxwrjg-unsplash (1)

Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan yang selesa kerana kebersihan adalah salah satu bentuk keselesaan lebih-lebih lagi di kawasan perumahan. Maka, penghormatan besar perlu ditunjukkan serta sifat ini perlu dipupuk sedari kecil.

 

Hal ini dipraktikkan oleh seorang pengguna TikTok @denik923 yang mana baru-baru ini dia berkongsi momen menggalakkan anaknya  menyantuni pekerja kebersihan yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumah

Dalam video tersebut, dapat dilihat anak kecil itu memberikan beberapa kotak air minuman kepada pekerja pembersihan dan disambut dengan senang hati oleh pekerja tersebut.

 

Dia juga sempat mengajar anaknya untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja pembersihan dan melambai sebelum masuk ke rumah.

TT2 (1)

Budaya tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji didikan seperti itu kerana telah mendedahkan anak-anak ke persekitaran yang saling menghormati.

 

Mereka juga berharap agar orang ramai dapat mencontohi amalan ini kerana didikan di peringkat ini mampu diserap dengan baik seterusnya membuatkan anak-anak membesar menjadi insan yang lebih baik.

Post a Comment