Semalam Alif Satar Positif Covid-19, Hari Ini Ibu, Bapa dan Adik Bongsu Pula Disahkan Positif! – Manis Madu
Semalam Alif Satar Positif Covid-19

Semalam Alif Satar Positif Covid-19, Hari Ini Ibu, Bapa dan Adik Bongsu Pula Disahkan Positif!

Kecoh semalam apabila nama Alif Satar trending di Twitter! Madu ingatkan kenapa, rupanya Alif disahkan positif jangkitan Covid-19. Perkara tu dimaklumkan melalui pengumuman yang dibuat Alif sendiri melalui laman Instagram rasminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Alif berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa dirinya positif Covid-19 selepas melalui beberapa ujian saringan.

 

“Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.”

 

“Perkara pertama apabila saya dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya.” tulisnya dalam ruangan kapsyen ketika memuatnaik gambar terbaru di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Alif juga mengatakan bahawa dia telah menyerahkan senarai nama dan butiran kontak yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada Kementerian Kesihatan. Alif kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan.

 

Info tambahan yang Madu dapat, pengurus kepada Alif, Adlina Abu Bakar telah memaklumkan kepada Astro Gempak bahawa ibu bapa dan adik bongsu kepada Alif turut disahkan positif Covid-19 pada hari ini.

 

Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu. Hal tersebut dinyatakan oleh pengurus Alif Satar.

 

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital. Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12. Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.” katanya.

 

Manakala untuk isteri serta anak-anak pelakon dan pengacara itu sudah menjalani ujian saringan pada hari ini dan akan mendapat keputusannya secepat mungkin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Kalau tengok Instagram isteri Alif pula, Shadila Hadid, dia mengucapkan terima kasih terhadap semua doa dan kata-kata semangat yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

Shadilahalid_IG Story_20201123

Mereka sekeluarga sudah membuat swab test dan sedang menunggu keputusan. Mereka juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar keputusan yang bakal diperoleh, negatif.

 

Madu juga doakan semoga Alif Satar, ibu bapa dan adiknya diberi kesembuhan dan semoga semua kontak rapat Alif tidak dijangkiti.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment