Semua Nama Bermula Huruf C. Pasangan Suami Isteri Sambut Kelahiran ke-16 – Manis Madu
FI-16anak

Semua Nama Bermula Huruf C. Pasangan Suami Isteri Sambut Kelahiran ke-16

Anak adalah anugerah terindah dan pelengkap kepada sesebuah keluarga. Baru-baru ini sepasang suami isteri di Carolina Utara, Amerika Syarikat telah menimang cahaya mata yang ke-16.

 

Menurut Patty Hernandez, 39, kelahiran bayi kali ini adalah yang paling sukar jika dibandingkan dengan pengalaman bersalinnya sebelum ini.

Kelahiran bayi yang ke-16 ini difahamkan adalah lelaki dan dilahirkan ketika usia kandungan mencecah 40 minggu, manakala kelahiran yang lain sebelum ini adalah 38 minggu.

 

Menurut laporn Daily Star, Patty dan suaminya Carlos gembira memiliki keluarga yang besar namun memberi sedikit kesukaran untuk suami isteri ini memilih nama untuk si bongsu.

 

“Semua anak-anak mempunyai nama bermula dengan huruf “C” sempena nama suami saya Carlos sebagai tanda penghormatan kepadanya” – Patty

 

Pada awalnya kedua pasangan ini mengalami sedikit kesukaran untuk menamakan bayinya. Akhirnya mereka sepakat untuk menamakan bayi bongsunya dengan nama Clayton”

 

Pasangan ini juga mempunyai tiga pasangan kembar sebelumnya iaitu Carla dan Caitlyn, Calvin dan Catherine, Caleb dan Caroline.

 

Anak-anak yang lain pula dinamakan Christopher, Cristian, Celeste, Cristina, Carol, Camilla, Charlotte dan Crystal.

 

Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini tidak menolak jika dikurniakan lagi bayi pada masa akan datang.

Post a Comment