Senarai Hitam Produksi Kerap Body Shaming, Tanda Tindakan Tegas Nabila Huda
Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang gemar menyentuh mengenai bentuk badan seseorang dan melakukan ‘body shaming’.
View this post on Instagram
Memetik laporan akhbar Harian Metro, dalam hantarannya di Instagram, Nabila mengakui sudah menyenaraihitamkan beberapa produksi yang kerap menggunakan saiz dan bentuk badan sebagai ukuran.
“Sedangkan syarikat produksi pun saya boleh senarai hitam sebab keluarkan kata-kata ini, bayangkan bagaimana pula dengan kamu yang tak ada kena mengena dalam hidup saya,” tulisnya.
Menurut Nabila, seseorang pelakon itu tahu tugas dan tanggungjawabnya apabila ditawarkan sesuatu watak.
“Seorang pelakon tahu apa tugas dia, apa watak dia, apa dia kena buat dan apa saiz yang sesuai dengan watak dia.
Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk pastikan saiz badan kita sesuai dengan watak.
“Seorang pelakon boleh saja nak kurus atau gemukkan badan dia ikut pada permintaan watak.
Tak payah nak bandingkan saiz badan dengan tawaran kerja tahun 1998 dengan 2021.
“Kalau nak tawarkan ‘job’ kepada orang (pelakon), pergi tengok Instagram untuk bentuk badan terkini.
Kalau kau (produksi) percaya dialah orangnya yang dicipta untuk watak itu, teruskan. Kalau dia pelakon profesional, dia boleh buat lebih daripada jangkaan kau,” tulisnya.
Nabila turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan rakan lamanya yang sudah lama tidak bertemu.
“Cerita pasal ‘dah gemuklah sekarang’, saya pernah jumpa rakan lama. Saya begitu teruja bila nampak dia dan dia pun nampak berbeza daripada dulu. Kami tegur satu sama lain dan tahu apa yang keluar dari mulut dia?
“‘Lain betullah you dulu dengan sekarang, eh?’ Masa itu, anda tahu apa saya rasa? Saya rasa nak tumbuk muka dia, kemudian nak cakap depan muka dia, ‘Eh gemuk. Kau pakai porch bag ke kat perut? Buruk betul rupa kau sekarang. Jauh beza dari dulu sampai sekarang!’
“Ini apa yang saya rasa, tapi saya ada adab,” tulisnya.
Nabila juga berkongsi bahawa dia gembira dengan berat badannya sekarang di samping kehidupan bersama keluarga tercinta.
“Anda yang rasa tak selesa dengan badan sendiri, janganlah babitkan orang lain. Saya sayangkan tubuh badan saya dan hidup dengan gaya hidup yang sangat sihat sekarang.”
Nabila menutup luahan hatinya dengan kata-kata yang mencuit hati.