Senarai Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia, Lapangan Terbang Changi Jatuh Di Kedudukan Ketiga! – Manis Madu
Jewel Changi Airport by Maikel Oosterink

Senarai Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia, Lapangan Terbang Changi Jatuh Di Kedudukan Ketiga!

Setelah hampir 10 tahun menduduki tempat teratas sejak 2013 hingga 2020, lapangan terbang Changi Singapura kini jatuh di kedudukan ketiga dalam senarai lapangan terbang terbaik dunia.

 

Mengikut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Skytrax, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Doha, Qatar dilihat telah mengambil alih kedudukan teratas sebagai lapangan terbang terbaik Dunia pada Anugerah World Airport Award 2021 dan diikuti Haneda Tokyo.

 

Menurut laporan Mothership, anugerah ini dibuat adalah bagi mengiktiraf usaha lapangan terbang  dunia dalam menghadapi cabaran yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda.

cars on road during night time at Jewel Changi Airport by Shawnanggg

Kedudukan tersebut dipilih oleh orang ramai menerusi satu kaji selidik yang dijalankan pada Ogos 2020 hingga Julai 2021.

 

Jurucakap Skytrax, Edward Plaisted memaklumkan, lapangan terbang antarabangsa Hamad Doha yang baru sahaja dirasmikan pada tahun 2014 itu telah meningkat naik dengan cepat dan menjadi kegemaran ramai kerana faktor perkhidmatannya yang tidak terjejas walaupun  di musim pandemik.

 

Lapangan terbang Hamad Doha juga dikatakan membuat kemajuan pesat sejak kebelakangan ini dengan memperkenalkan khidmat kesihatan dan keselamatan lapangan terbang secara tambahan kepada penumpang.

 

Walau bagaimanapun, menurut Edward, 18 bulan terakhir ini sememangnya masa yang paling mencabar dan sulit yang pernah dialami oleh industri pengangkutan udara dunia.

 

Lapangan terbang telah melabur banyak bagi memastikan persekitaran penumpang dan kakitangan yang lain kekal selamat.

Post a Comment