Senarai Mee Segera Tersedap Di Dunia, Agaknya Maggi Di Kedudukan Berapa?
Mee segera adalah makanan yang menjadi antara pilihan utama bila bercerita tentang makanan.
Maka sebab itulah, setiap negara ada mee segeranya yang sendiri dan mungkin anda semua tak tahu.
Lepas baca senarai mee segera yang Fazlan buat ini, mungkin lepas ini Maduners semua bolehlah cuba beli di mana-mana dan rasa sendiri mee segera yang disenaraikan nanti.
Mungkin Maduners tak pernah dengar tentang beberapa mee segera yang Fazlan bakal sebut ini jadi jom kita tengok mee segera apa yang paling popular sekali!
#5 Mie Sedaap Instant Kari Spesial Bumbu Kari Kental – Indonesia
Jenama Mie Sedaap boleh dikatakan antara mee segera yang popular di Malaysia, namun berdasarkan sebuah portal luar negara, The Ramen Rater, jenama ini merupakan antara yang paling digemari di dunia.
Kalau yang biasa kita jumpa di Malaysia jenis yang goreng, tapi yang ini adalah jenis berkuah.
Siapa yang sukakan rasa kari dan pedas dalam masa yang sama memang sesuai sangat untuk cuba mee segera ini!
#4 Sapporo Ichiban Tokyo Chicken Momosan – Jepun
Kalau anda peminat tegar mee segera, mesti anda tahu mee segera dari Singapore yang ini!
Disenaraikan dalam 10 Mee Segera tersedap dunia oleh Los Angeles Times dan inilah sebab kenapa mee segera ini masuk dalam senarai yang Fazlan buat pada hari ini!
Mee segera ini berkuah dan datang dengan pelbagai perisa seperti sardin, bonito dan juga tuna.
Selain dari Los Angeles Times, The Ramen Rater juga berpendapat bahawa mee segera dari Jepun ini adalah antara yang tersedap di dunia!
#3 MyKuali Penang White Curry – Malaysia
Yes, inilah dia wakil Malaysia yang berjaya menambat hati peminat mee segera di luar negara.
Mungkin jarang anda dengar jenama ini di Malaysia namun, menurut Los Angeles Times mee segera ini adalah yang tersedap kerana baunya sangat aromatik.
Yelah, mana tak aromanya kan, sah-sah mee segera ini dari Penang dan mesti macam-macam rempah yang ada!
Mee segera ini perisanya adalah kari dan dalam kuahnya mengandungi pes belacan yang dibakar. Fuh terangkat!
#2 Indomie Mi Goreng Rasa Ayam Panggang, BBQ Chicken Flavor – Indonesia
Sekali lagi mee segera dari Indonesia mendapat tempat di mata peminat mee segera dunia.
Berdasarkan The Ramen Rater, mee segera ini dimasukkan dalam senarai adalah kerana saiz yang besar maka lebih banyak kuantiti mee segera di dalamnya.
Dari segi rasa, mee segera ini didatangkan khas dengan 5 pek perencah berbeza dalam satu bungkusan mee segera! Wow!
Mee segera ini adalah jenis goreng dan tidak berkuah dan juga kurang pedas.
Tidak hairanlah kalau peminat mee segera negara lain boleh menikmatinya dengan senang sebab rasa pedas yang tidak menyengat.
#1 Indomie Special Fried Curly Noodles – Indonesia
Tak perlu diperkenalkan lagi, ini di Malaysia pun memang sangat popular!
Dengan rasa pedas dan manis, memang tak dinafikan mee segera ini adalah antara yang tersedap di dunia.
Kalau lepak mamak pun memang selalu order Indomie telur mata kan? Ha inilah dia!
Jadi macam mana Maduners? Siapa yang belum cuba bolehlah cari lepas ini ya!
Sumber: The Ramen Rater, Los Angeles Times, Penang Foodie, Flokq, The Vocket