Ibu Mengandung Tak Boleh Makan Durian, Fakta Atau Mitos? – Manis Madu
Ibu Mengandung Tidak Boleh Makan Durian Fakta Atau Mitos

Ibu Mengandung Tak Boleh Makan Durian, Fakta Atau Mitos?

Buah durian merupakan raja buah yang menjadi kegilaan ramai lagi-lagi bila tiba musim durian.

 

Memang setiap tahun Maduners akan nampak banyak sangat longgokan buah durian di tepi jalan lebih-lebih lagi yang duduk kawasan kampung.

Durian VS Ibu Mengandung

image-ibu-mengandung-3

Tak kisahlah kanak-kanak ke, golongan dewasa ke, warga emas mahupun ibu mengandung sekali pun ada yang menjadi hantu durian. Tetapi persoalan dia sekarang boleh ke ibu hamil makan durian?

 

Orang tua-tua pula kata kalau makan durian ketika hamil boleh mendatangkan risiko seperti bayi lahir tak cukup umur, kontraksi dan peluang untuk mengalami keguguran. Betul ke?

 

Seperti yang kita sedia maklum bahawa buah durian ini boleh meninggalkan kesan panas di dalam badan. 

 

Kalau antibody Maduners tak kuat berkemungkinan anda boleh diserang penyakit demam, apatah lagi si ibu yang berbadan dua.

 

Sebenarnya bukanlah tak boleh makan langsung, cumanya perlu dalam kuantiti yang sederhana. Nanti tak pasal-pasal anak yang keluar meleleh pula air liurnya. Maklumlah tak lepas ngidam orang kata.

Fakta atau Mitos?

image-ibu-mengandung

Menurut theasianparent, bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis atau diabetes, korang perlu elakkan diri dari makan buah durian kerana ia mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi

 

Ibu hamil yang makan terlalu banyak durian pasti akan rasa loya dan kembung perut kerana durian juga menghasilkan gas yang banyak dalam usus dan perut. 

 

Dah nama pun Ibu mengandung mestilah memerlukan tenaga, makanan yang sihat dan kandungan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi di dalam kandungan. 

 

Walaupun banyak kesan buruk dari pada baiknya, buah durian juga dikatakan dapat membantu dalam penambahan berat badan bayi. 

 

Memandangkan durian berkalori tinggi, pengambilan durian dapat membantu menambah berat janin jika ia bersaiz kecil. 

 

Tetapi ada lebih baiknya jika ibu hamil mengambil pemakanan seimbang seperti telur, daging dan makanan diet yang lain.

Jadi Boleh Makan Atau Tidak?

image-ibu-mengandung-1

Kalau Maduners nak tahu, pengambilan buah durian yang terlalu banyak memang boleh buat bayi menjadi pramatang dan mungkin mengalami keguguran.

 

Ibu yang di awal usia kehamilan sangat dilarang untuk memakan buah durian kerana kandungan durian yang dimakan boleh mengakibatkan panas di dalam rahim. 

 

Sebab itu mudah berlaku keguguran kerana janin tidak tahan pada suhu tubuh ibu yang panas.

 

Jadi kesimpulannya ibu hamil tetap boleh makan buah durian tapi pastikan dalam jumlah yang sederhana sahaja. 

 

Nanti dah bersalin dan habis berpantang korang boleh suruh suami belikan buah durian satu lori!

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Maduners semua!

Post a Comment