Seram! Hentikan Budaya Tolak Muka Ke Dalam Kek Hari Jadi! – Manis Madu
Hentikan Budaya Tolak Muka Ke Dalam Kek Hari Jadi

Seram! Hentikan Budaya Tolak Muka Ke Dalam Kek Hari Jadi!

Sambutan yang kita tertunggu-tunggu setiap tahun? Mestilah hari ulang tahun!

Yaya sangat suka  hari ulang tahun kerana kita masih boleh menjalani hidup seperti biasa, bernafas udara segar dan meluangkan masa dengan yang tersayang. Ia merupakan petanda yang kita masih ada peluang untuk menghargai setiap perkara yang kita lalui, sama ada susah atau senang.

 

Baru-baru ini, Yaya tertarik dengan satu Facebook Post yang agak ngeri, dengan hanya membaca kapsyen yang disediakan.

Seraammmmm bila tengok lidi yang terpacak dalam birthday kek itu. Ada pengguna Facebook yang kata lidi itu sebagai sokongan kek supaya tidak runtuh. Ada juga yang berpendapat bahawa lidi tersebut adalah sebahagian daripada hiasan untuk kek.

 

Bagi Yaya, walau apa pun tujuan lidi tersebut dalam kek, kita perlu menghentikan budaya menolak muka birthday girl atau boy ke dalam kek ulang tahun!

Final Destination? Ngeri tapi berkemungkinan boleh berlaku!

Ya betul, beli kek mahal-mahal tapi bazir sebab prank semata-mata? Aiyoooo, hentikan habit ini!

OK, makin banyak Yaya baca, makin tachoodd pula apabila warga Twitter share kisah-kisah buruk mereka dengan prank seperti ini.

Gurauan atau prank memang seronok. Akan tetapi, seeloknya semua orang, termasuk Yaya sendiri kenalah berpada-pada semasa bergurau. Takut-takut nanti ada yang tercedera ke, atau terasa hati, from seronok to stressed real quick!

Post a Comment