Seram! Terima Kotak Misteri, Jurujual Kedai Emas Lapor Polis – Manis Madu
Seram! Terima Kotak Misteri, Jurujual Kedai Emas Lapor Polis

Seram! Terima Kotak Misteri, Jurujual Kedai Emas Lapor Polis

Seorang jurujual sebuah kedai perhiasan barang kemas berdepan detik cemas apabila menerima bungkusan kotak nota ugutan jenayah termasuk simbahan asid yang dihantar ke rumahnya di Jalan Kampung Saim, Isnin lalu.

 

Menurut laporan, bungkusan tersebut diterima mangsa berusia 29 tahun kira-kira pukul 6.30 petang sebelum membuat laporan polis satu jam kemudian.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, berdasarkan pemeriksaan menemui satu objek berbentuk tangan dengan kesan cecair berwarna merah.

 

Katanya, terdapat juga mesej ugutan yang akan mencederakan mangsa dan keluarganya.

 

“Berdasarkan nota diletakkan pengirim kotak itu didapati berunsur cacian serta ancaman penyimbahan asid kepada muka mangsa dan kawan-kawannya.

person in black knit cap and gray sweater

“Pengirim kotak itu turut menyatakan akan membakar rumah ibu bapa mangsa selain memintanya berhati-hati ketika pergi kerja di kedainya di sebuah pasar raya di Setia Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau menambah, mangsa juga telah menerima beberapa pesanan mesej di aplikasi WhatsApp berbaur lucah dan ugutan dari nombor tidak dikenali pada keesokan harinya.

 

Justeru, Mohd. Khairi menegaskan pihaknya kini sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon yang terlibat itu.

 

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan telah memanggil mangsa untuk dirakamkan keterangan.

 

“Orang ramai diminta supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” jelasnya.

Post a Comment