Sewa Taman Tema Air Mini, Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Elak Tragedi Tidak Diingini! – Manis Madu
Sewa Taman Tema Air Mini, Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Elak Tragedi Tidak Diingini!

Sewa Taman Tema Air Mini, Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Elak Tragedi Tidak Diingini!

Syukur dan lega apabila penularan wabak Covid-19 menunjukkan trend penurunan dan rakyat sudah dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti termasuk bercuti dan pulang ke kampung!

theme park

Meskipun begitu, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan memilih untuk berada di rumah dan meneruskan aktiviti di rumah sahaja bersama anak-anak.

 

Salah satu inisiatif menggantikan aktiviti luar rumah adalah menyewa taman tema air mini. Dipasang di halaman rumah lalu bermain bersama-sama memang seronok!

TT 1 (1)

Namun, harus diingatkan dalam berseronok, ibu bapa perlu berjaga-jaga kerana kemalangan serta tragedi tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa.

 

Nak pula keadaan taman tema air mini yang licin dengan air atau mungkin yang kurang kukuh, memang kena extra careful!

 

Menurut perkongsian dari laman TikTok dari @hazirah.zaini, menunjukkan seorang kanak-kanak tersandung ketika memanjat dan menyebabkannya terjatuh. Akibatnya, timbul benjol di dahi!

@hazirah.zainiBaru nak seronok main kolam, sekali ada tragedi. Kena extra alert main ni, biasalah anak2 over excited 1st time main.♬ Oh No – Kreepa

TT 2 (1)

β€œBaru seronok main kolam, sekali ada tragedi. Kena extra alert main ni, biasalah anak-anak over excited first time main,” tulis keterangan video tersebut.

 

Dalam hantaran lain, pemilik video ada juga berkongsi tips ketika bermain di atas taman tema air mini supaya kejadian sedemikian tidak berlaku.

@hazirah.zainiReply to @fiq_bobby97 Lifeguard kena remind banyak kali rules main kolam sebab budak ni asyik lupa je. πŸ˜‚ Biasalah budak jakun over excited. β˜ΊοΈβ™¬ Dj BonBon Remix – 𝙁𝙝𝙖𝙖 || β€’ 𝐍𝐏

@hazirah.zainiReply to @hotginger12 Saya pun awalnya tak tahu apa fungsi lapik tu πŸ˜‚ sebab tu sy nak bantu parent lain alert (tgk komen) kalau nak sewa kolam ni.♬ Kelentang Kelentong – Hael Husaini

Bukan tidak boleh berseronok, namun ibu bapa perlu pastikan tempat bermain itu dalam keadaan selamat dan ambil langkah berjaga-jaga.Β 

 

Malang tidak berbau kan! Maduners boleh juga ambil perkongsian ini sebagai panduan supaya aktiviti menyeronokkan bersama-sama anak-anak tidak bertukar menjadi tragedi tidak diingini.

Post a Comment