Sheila Rusly Tempelak Dakwaan Netizen, Jangan Fitnah Bakal Menantu Saya!
Pelakon yang juga penerbit terkenal, Shiela Rusly menyelar netizen yang mendakwa bakal menantunya, Elisya Sandha sudah menetap di kediamannya.
View this post on Instagram
“Dia belum tinggal di sini. Bila dia ada di sini pada waktu malam, anda semua mula menabur fitnah Elisya sudah menetap bersama kami.
“Jangan fitnah, berdosa. Dia masih ada ibu bapa yang perlu dijaga dan dia tahu tata tertibnya,” katanya dalam video siaran langsung di Instagram.
Menurut Kosmo! pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu memberitahu keberadaan Elisya di rumahnya bertujuan untuk belajar memasak.
“Daripada Elisya pergi melepak tak tentu arah, lebih baik belajar memasak dengan saya.
“Malah, kedua-dua mereka ada di depan mata saya. Kalau mereka cuba lakukan perkara yang kurang elok, kaki saya akan sampai dahulu. Jadi, jangan tabur firnah kepada menantu saya ya,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan Maduners, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal, 22, mengikat tali pertunangan dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy, 25, pada 31 Januari lalu di kediaman kakaknya, Fasha Sandha.