Siap Tulis Kertas Cadangan? Cara Baru Minta Izin Suami Keluar Berkelah! – Manis Madu
Siap Tulis Kertas Cadangan Cara Baru Minta Izin Suami Keluar Berkelah

Siap Tulis Kertas Cadangan? Cara Baru Minta Izin Suami Keluar Berkelah!

Jika sebelum ini tular kisah seorang jejaka melamar kekasihnya dengan membuat pembentangan Power Point di hadapan bakal mertua, kali ini tular pula sebuah video yang memaparkan kaedah unik sekumpulan rakan baik yang menulis kertas cadangan semata-mata untuk meminta izin suami salah seorang daripada mereka untuk keluar berkelah.

keluar berkhelah

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun @calonbinisolehot, kertas cadangan itu ditunjukkan kepada suami salah seorang daripada kumpulan rakan baik itu yang dikatakan bersikap ‘over protective’.

@calonbinisolehotakhirnya permohonan kami diizinkan 💅🏻♬ suara asli – Utiiii

“Apabila rakan memiliki suami yang terlebih melindungi, ini yang kami lakukan,” kata keterangan dalam video itu.

 

Kertas kerja bertajuk ‘Permohonan Keizinan Berkelah’ itu mengandungi enam muka surat yang dimulakan dengan definisi dan tujuan, profil pengajak hingga ucapan penghargaan. Turut disertakan di bahagian terakhir sekali adalah dokumen sokongan iaitu sijil vaksinasi Covid-19.

 

Hasil daripada kerja keras tersebut, rakan mereka diberi keizinan oleh suaminya untuk menyertai aktiviti perkelahan itu.

 

Video tersebut mendapat perhatian warga maya yang rata-rata terhibur dengan kaedah unik mereka lakukan selain memuji tindakan rakan baik itu dan menyifatkan mereka sebagai sahabat yang baik kerana sanggup menyediakan kertas cadangan sedemikian.

 

Hantaran itu juga sudah mendapat 2.4 juta tontonan, 169.3k tanda suka serta 5561 komen.

Post a Comment