Siapa Saja Tak Suka Benda Percuma! McDonalds Sekarang Tengah Ada Free Delivery Selama 3 Hari
Malas nak keluar? Mood nak masak off? Tak payah susah-susah. Terus jea order McDonald’s.
Bermula 17 Ogos sehingga 19 Ogos 2020, McDonald’s menawarkan penghantaran percuma kepada peminat Mekdi di luar sana.
Selama 3 hari promosi ini berlangsung, dan akan berterusan selama 24 jam tanpa henti. Nak mulakan pagi Maduners dengan McMuffin ataupun lunch dengan Nasi Lemak McD pun boleh dapat free delivery!
Penghantaran percuma ini terdapat di semua cawangan yang terlibat. Tapi sebelum itu kalau nak tahu kawasan Maduners onz ataupun tak, boleh klik ini untuk check out! https://www.mcdonalds.com.my/locate-us
Selain daripada itu, McD turut melancarkan rangkaian Nasi Lemak Geng yang terdiri daripada Nasi Lemak Ayam Rendang, Ayam Goreng McD dan Kepingan Ayam.
Geng Nasi Lemak mesti teruja dengan menu baru dari McD, combine pula dengan pencuci mulut dengan citarasa Malaysia iaitu Cendol McFlurry dan Pie Jagung.
Memang complete hari Maduners dengan hidangan yang McDonalds sediakan. Pastinya, kalau Maduners rasa busy, workload banyak sangat, tak perlu fikir panjang, order saja.
Macam mana nak buat pesanan?
Tak susah pun, kalau tengah depan laptop boleh terus ke laman web McDonalds Delivery.
Ataupun boleh muat turun aplikasi McDonalds Delivery di Google Play Store ataupun Apple App Store.