“Siapa Selalu Mandi Ais Tahulah Seksa Macam Mana!” Gadis Kongsi Cara Elak Kecederaan Selepas Latihan – Manis Madu
“Siapa Selalu Mandi Ais Tahulah Seksa Macam Mana!” Gadis Kongsi Cara Elak Kecederaan Selepas Latihan

“Siapa Selalu Mandi Ais Tahulah Seksa Macam Mana!” Gadis Kongsi Cara Elak Kecederaan Selepas Latihan

Individu yang bergelar atlet pasti menjalani gaya hidup yang sedikit berbeza berbanding orang lain. Jadual harian mesti banyak dihabiskan dengan latihan dan aktiviti lain untuk menguatkan stamina dan lain-lain.

 

Setelah menjalani latihan yang kerap, otot atau tisu-tisu kecil cenderung untuk cedera dan rosak maka, cara yang selalu digunakan adalah dengan mandian ais.

 

Menurut satu hantaran di laman TikTok oleh @jmrodzi, dia ada berkongsi pengalamannya mandi ais selepas menjalani latihan.

“10 bag plastik ais! Siapa selalu mandi ais tu tau lah seksa dia macam mana,” tulisnya dalam video berkenaan.

 

Ketika ditanya, kenapa perlu melakukan mandian ais, gadis itu menjawab bahawa cara itu merupakan kaedah paling cepat untuk memulihkan otot-otot atau tisu kecil yang cedera.

nicolas-hoizey-Lno6-CxVXgo-unsplash (1)

Tambahnya lagi, mandi ais juga merupakan kaedah untuk cepat pulih daripada kecederaan otot.

 

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsi pengalaman mandi ais mereka.

 

“Saya pernah mandi, masa dapat MSSM. Lepas habis training kena mandi ais sebab takut injured,” ujar seorang netizen.

 

“Atlet memanah hadir. Time kitorang masuk dalam ais ni kepala je kat atas, tak rilek sejuk dia,” kongsi seorang netizen.

 

Dalam pada itu, terdapat juga perkongsian netizen yang berkata mandian ais ini juga bagus buat mereka yang mengalami gangguan makhluk halus dan melegakan migrain.

Post a Comment