Tragedi Berdarah Hari Ibu! Wanita Tamatkan Riwayat 3 Orang Anak Di Rumah Sendiri – Manis Madu
Tragedi Berdarah Hari Ibu! Wanita Tamatkan Riwayat 3 Orang Anak Di Rumah Sendiri

Tragedi Berdarah Hari Ibu! Wanita Tamatkan Riwayat 3 Orang Anak Di Rumah Sendiri

Sambutan Hari Ibu sepatutnya menjadi satu tarikh bermakna buat insan bergelar ibu.

 

Namun, lain ceritanya di Mahkamah California, Amerika Syarikat apabila seorang wanita didakwa atas pertuduhan membunuh tiga orang anaknya!

 

Mengikut kertas pertuduhan, Angela Flores yang berusia 38 tahun itu didakwa membunuh anaknya pada 8 Mei lalu yang merupakan tarikh sambutan Hari Ibu.

 

Flores didakwa melakukan jenayah itu di sebuah rumah di San Fernando Valley sekitar jam 7 pagi.

 

Pejabat Sherif Daerah Los Angeles mendedahkan Flores ditahan setelah ketiga-tiga anaknya itu ditemui tidak sedarkan diri di rumah mereka.

51652149330_ChildrenSlainLosA (1)

Identiti kanak-kanak terbabit bagaimanapun tidak didedahkan namun pihak polis memaklumkan mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun serta dua orang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

 

Turut tidak didedahkan, punca kematian kanak-kanak malang berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$6 juta (RM26.3 juta) ke atas tertuduh dan dalam tangkapan sama, seorang lagi anak remaja Flores ditahan bagi membantu siasatan.

Post a Comment