Siasatan Perkahwinan Illi Najwa Dan Kapten Hoki India Masih Berjalan, Belum Boleh Didedahkan
“Kes Illi Najwa masih dalam siasatan JAINJ, namun butirannya masih tidak boleh diumumkan”.
View this post on Instagram
Itu ulasan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) masih belum boleh mendedahkan berhubung siasatan perkahwinan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar dan Illi Najwa Saddique, yang menimbulkan kontroversi hangat bulan lalu.
Tosrin Jarvanthi selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor menjelaskan bahawa siasatan kes masih berjalan dan sebarang perkembangan baharu masih belum boleh didedahkan.
“Biarlah JAINJ melengkapkan siasatan berkenaan sebelum apa-apa pengumuman dibuat selepas ia diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” ujarnya.
Beliau membuat penjelasan tersebut di Bukit Permai, Bandar Putra, di sini, hari ini, ketika ditemui di kaunter terbukanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Sebelumnya, Ahmad Marzuk Shaary selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, siasatan kes perkahwinan itu diserahkan JAINJ.
Beliau turut menambah bahawa buat masa ini masih belum ada kepastian keberadaan pasangan terbabit sudah pulang ke Malaysia atau masih berada di India.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan Maduners, pada bulan lalu Sultan Ibrahim turut menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor untuk menyiasat status terkini agama Illi Najwa.
Lebih info lagi, Illi Najwa dan Manpreet Singh Pawar telah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dan disatukan sebagai husband and wife pada Disember lalu di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Perkara yang kecoh adalah apabila upacara perkahwinan yang dijalankan mengikut agama lain bertentangan dengan agama Illi Najwa.