“Sibuk Je…” Netizen Terhibur Gelagat Dua Beranak Bersembang Di Tol – Manis Madu
“Sibuk Je…” Netizen Terhibur Gelagat Dua Beranak Bersembang Di Tol

“Sibuk Je…” Netizen Terhibur Gelagat Dua Beranak Bersembang Di Tol

Baru-baru ini, satu perkongsian di laman TikTok mencuit hati warganet yang rata-rata menyifatkan telatah dua beranak ini sangat comel dan membuatkan ramai orang terhibur!

 

Dalam video yang dikongsi @hafizrieyusrie, menunjukkan ketika itu dia sedang memandu memasuki lorong tol dan dengan spontan menegur ibunya melalui intercom yang terdapat di situ.

“Hello, tengah buat apa?”

 

“Takde buat apa, sibuk je,” jawab ibunya ketika ditanya sedang buat apa oleh pemuda tersebut.

 

Pemuda itu juga sempat berbual ringkas dengan ibunya dengan memberitahu dia tidur di rumah rakannya pada malam itu.

 

Melihat di ruangan komen, ramai warganet memuji telatah mereka.

 

“Comelnya mak, macam my mom kalau call,” komen seorang warganet.

 

“Tak payah call mak bagitahu tido rumah member. Bagitahu kat toll je,” tambah seorang pengguna TikTok.

Post a Comment