Sindiket Pelacuran Guna Helah Pintu Belakang Konon Premis Tidak Beroperasi – Manis Madu
Sindiket Pelacuran Guna Helah Pintu Belakang Konon Premis Tidak Beroperasi

Sindiket Pelacuran Guna Helah Pintu Belakang Konon Premis Tidak Beroperasi

Kerajaan bersusah payah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 namun ada segelintir  premis yang tidak mengendahkan.

 

Susulan itu, sebuah sindiket pelacuran di sebuah hotel di Setapak Indah menggunakan taktik membuka pintu belakang bagi mengaburi mata pihak berkuasa. 

 

Menurut laporan Harian Metro, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa pada 9 malam semalam bagaimanapun telah membongkar kegiatan itu dan mendapati seramai 11 individu termasuk 9 wanita warga asing ditahan.

 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya turut menahan lapan lelaki termasuk seorang lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggan dalam serbuan menerusi Op Noda.

 

“Dalam serbuan itu kita menahan seorang lelaki dan wanita tempatan, masing-masing berusia 34 dan 45 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter, serta Sembilan wanita warga asing itu disyaki pelacur” – Nasri Mansor

 

Di dalam serbuan itu, sebanyak 21 kondom, tiga tuala, dua botol minyak pelincir dan wang tunai sebanyak RM400 telah dirampas. 

 

Menurut Nasri Mansor, bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket ini menutup pintu hadapan kononya premis itu tidak beroperasi. 

 

Sementara itu, pelanggan akan diarahkan masuk ke dalam premis menerusi pintu belakang. 

 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 6(1) © Akta Imigresen 1959/63.

 

Pihak berkuasa juga turut mengeluarkan kompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. 

 

Sumber Gambar:Harian Metro

Post a Comment