Siri The Crown Menang Besar, Bolot Tujuh Trofi Di Anugerah Emmy! – Manis Madu
Siri The Crown Menang Besar, Bolot Tujuh Trofi Di Anugerah Emmy

Siri The Crown Menang Besar, Bolot Tujuh Trofi Di Anugerah Emmy!

Siri kegilaan The Crown yang diterbitkan Netflix menang besar dengan merangkul tujuh trofi di Emmy Awards 2021 yang berlangsung di L.A. Live’s Event Deck.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Crown (@thecrownnetflix)

Tujuh kategori itu termasuk Drama Siri Terbaik, Pengarahan Untuk Drama Siri Terbaik menerusi Jessica Hobbs, Pengarahan Untuk Drama Siri Terbaik (Peter Morgan).

 

Tidak ketinggalan, Pelakon Wanita Terbaik menerusi Olivia Colman, Pelakon Lelaki Terbaik (Josh O’Connor), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Gillian Anderson), dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Tobias Menzies).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Crown (@thecrownnetflix)

Menurut Hobbs, dia amat berbangga dengan kemenangan kategori pengarahan itu memandangkan bukan mudah untuk sutradara wanita mendapat pengiktirafan di Emmy Awards.

 

“Tak banyak wanita pernah menang anugerah ini, jadi saya rasa berdiri sebaris dengan orang-orang luar biasa tertentu.

 

“Saya sangat bersyukur terhadap jalan yang mereka buka. Secara terperincinya mahu beri penghormatan kepada ibu saya yang berusia 77 tahun, namun masih mengarah,” katanya.

 

Hobbs adalah anak perempuan kepada pengarah Aileen O’Sullivan.

 

Pada edisi kali ini, The Crown juga meraih pencalonan terbanyak iaitu 11 kategori.

 

Dihoskan Cedric the Entertainer, kali ini acara itu diadakan secara fizikal dan bukan lagi secara atas talian seperti tahun lalu. Ia juga beralih lokasi dari tempat kebiasaan iaitu Microsoft Theater.

 

Bagaimanapun, kehadiran cuma dihadkan kepada calon bertanding selain jemputan khas. Setiap yang hadir juga wajib memiliki bukti bahawa mereka sudah lengkap divaksin.

Post a Comment