Song Hye Kyo Sah Bakal Berganding Bersama Jang Ki Yong Dalam Drama Baharu, Ramai Peminat Teruja! – Manis Madu
Song Hye Kyo Sah Bakal Berganding Bersama Jang Ki Yong Dalam Drama Baharu

Song Hye Kyo Sah Bakal Berganding Bersama Jang Ki Yong Dalam Drama Baharu, Ramai Peminat Teruja!

Setelah berbulan-bulan berteka-teki, akhirnya pelakon jelita dari Korea, Song Hye Kyo mengesahkan bakal bergandingan bersama Jang Ki Yong dalam drama terbarunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyekyo Song (@kyo1122)

Menurut laporan Soompi, kedua-kedua pelakon ini akan digandingkan sebagai watak utama dalam drama berjudul Now, We Are Breaking Up.

 

Drama terbaru ini menceritakan tentang kisah cinta dan perpisahan yang penuh emosi.

 

Song Hye Kyo membawa watak Ha Young Eun iaitu seorang pengurus di sebuah syarikat berkaitan fesyen yang memiliki karakter realistik, trendy dan cerdas.

 

Manakala watak yang dipegang Jang Ki Yong adalah seorang lelaki kaya dan popular iaitu Yoon Jae Guk.

Kebanyakan peminat menyambut baik berita mengenai projek terbaru mereka dan turut berasa teruja untuk menyaksikan keserasian mereka apabila disatukan dalam drama.

 

Drama ini memulakan penggambaran pada April depan serta akan ditayangkan di saluran SBS hujung tahun ini.

Post a Comment