“Stop Makan Ubat Kurus!” Wanita Dedah Derita Suami Selepas Amal Ubat Kurus Viral
“Harap semua dapat pengajaran”. Begitulah harapan seorang wanita yang berkongsi pengalaman apabila suaminya disahkan mengalami pelbagai komplikasi gara-gara mengamalkan ubat kurus.
Menurut perkongsian @qeelah81, dia berkata sejak beberapa tahun lalu, suaminya sudah mula mengamalkan pengambilan ubat kurus. Namun, setelah mendapati bacaan air di bahagian buah pinggang kurang cantik dan membuatkan suaminya berhenti meneruskan pengambilan ubat tersebut.
@qeelah81 harap semua dapat pengajaran😞😞 doa kan suami saya sihat 😔 #fyp #kamisem #tiktokmalaysia #sakithati #doakansuamisaya ♬ bunyi asal – rokiah
Walau bagaimanapun, pada awal tahun ini suami wanita itu mula mengamalkan ubat kurus lain tanpa pengetahuannya.
“Satu hari tu dia jujur dengan aku, dia makan ubat kurus tapi dia hanya bancuh di tempat kerja saja sebab dia tahu aku tak suka dia makan ubat kurus.
“Bila dia dah bercakap jujur dengan aku, dia bawak balik la ubat kurus tu. Ubat tu memang viral ye. Hampir bulan puasa dia baru stop sebab harga ubat kurus tu naik,” cerita wanita itu.
Wanita itu juga menjelaskan, dia percaya bahawa suaminya memang sudah berhenti mengamalkan ubat berkenaan memandangkan ubat-ubat itu hanya terbiar begitu sahaja dalam bilik tanpa dihabiskan.
Apa yang membuatkan dia terpanggil untuk membuat video tersebut adalah kerana pada awal bulan ini (Mei), suaminya mula mengadu sakit seperti serangan gastrik.
Meskipun sudah mendapatkan rawatan di hospital dan mendapat ubat, sakitnya tidak hilang-hilang dan doktor mencadangkan jika sakit itu berterusan, ‘kes’ itu akan dibawa ke hospital pakar.
“Hari ni daripada pagi sampai ke petang dia sakit dan dia dapat tahu dia ada komplikasi hati. Ada penyakit lain dekat hati,” ceritanya sambil menitiskan air mata.
Di penghujung video tersebut, wanita itu menasihati bagi mereka di luar sana yang obses untuk menurunkan berat badan agar tidak terjebak dengan pengambilan produk suplemen viral di media sosial.
“Yang obses nak kurus, stop la makan ubat sebab penjual takkan bagi claim apa-apa pun kalau kau sakit,” tambahnya.
Lebih baik kurus dengan cara yang sihat daripada merisikokan kesihatan diri dengan pengambilan suplemen kurus. Kesihatan lebih berharga!