Suami Kacak Punya Pasal, Sanggup Didera Selama Tiga Tahun! – Manis Madu
Suami Kacak Punya Pasal, Sanggup Didera Selama Tiga Tahun!

Suami Kacak Punya Pasal, Sanggup Didera Selama Tiga Tahun!

Seorang wanita dari negara China didakwa sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.

 

Menurut laporan, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.

 

“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar sebuah portal berita.

 

Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.

 

Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.

 

Menurut sumber, si suami sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.

Post a Comment