Suami YouTuber Pavithra Terlepas Hukuman Penjara Selepas Mengaku Bersalah – Manis Madu
Suami YouTuber Pavithra Terlepas Hukuman Penjara Selepas Mengaku Bersalah

Suami YouTuber Pavithra Terlepas Hukuman Penjara Selepas Mengaku Bersalah

Siapa yang tidak kenal dengan YouTuber sensasi Malaysia S. Pavithra yang famous dengan video masakan yang menjadi ikutan ramai sejak tahun lepas.

Unboxing Sliver Play Button

Sumber Gambar: Youtube

Sebelum ini atau bertarikh 18 September yang lalu, M. Sugu, 31, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen di sini atas satu pertuduhan yang dihadapinya iaitu mendatangkan kecederaan kepada isterinya, S. Pavithra, 28, Julai lalu.

 

Kali ini kisah mereka berkisar tentang suami S. Pavithra yang terlepas hukuman penjara atas kesalahan memiliki senjata berbahaya selepas Mahkamah Seksyen hari ini yang mengenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun berjumlah RM8,000.

 

Sugu yang menukar pengakuan bersalah pada hari ini yang sepatutnya hari pertama perbicaraan kes tersebut dijatuhkan hukuman seperti di atas oleh Hakim Norashima Khalid.

 

Hukuman tersebut dijatuhkan mahkamah mengikut Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah dan turut memerintahkan Sugu untuk membayar kos pendakwaan sebanyak RM3,000.

 

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku pada pukul 6 petang di di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun dan bertarikh 21 Julai 2020 yang mana Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis ‘Tiger’.

 

Pendakwaan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

 

Punca kejadian adalah disebabkan salah faham semata-mata selain mahkamah perlu mengambil kira Sugu yang menyara dua anak yang masih kecil.

 

Setelah mengambil kira ia adalah kesalahan kali pertama bagi tertuduh, Liyana Zawani Mohd Radzi selaku Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan pendakwaan tersebut bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan.

 

Walaubagaimanapun, kos pendakwaan perlu dibayar oleh tertuduh memandangkan siasatan yang dijalankan polis sudah lengkap, jelas Liyana Zawani.

Sumber: Kosmo!

Post a Comment