Suka Bawa Beruang Hidup Bersiar, Wanita Ini Tak Takut Kena Serang! – Manis Madu
Suka Bawa Beruang Hidup Bersiar, Wanita Ini Tak Takut Kena Serang

Suka Bawa Beruang Hidup Bersiar, Wanita Ini Tak Takut Kena Serang!

Seorang wanita dari Novosibirsk, utara Rusia mengakui berasa seronok ditemani seekor beruang Himalaya dewasa setiap kali bersiar-siar di dalam kereta, lapor akhbar The Sun.

 

Veronika Dichka, 24, memberitahu beruang yang dipanggil Toptyzhka itu berkelakuan baik apabila menaiki kenderaan untuk bersiar-siar.

 

Dia turut memaklumkan perasaan ingin tahu haiwan itu membuatkan ia berperangai jinak dan tidak mudah berasa takut ketika berada di dalam kereta.

Bawa Beruang Hidup Bersiar

“Apabila kami keluar bersiar-siar di dalam kereta, saya akan memberikannya makanan tambahan seperti sosej sebagai ganjaran.

 

“Toptyzhka sangat berminat dengan stereng kereta dan cuba mempelajari fungsinya,” jelas Veronika.

 

Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu dia mula menghabiskan masa dengan haiwan itu selepas menawarkan bantuan menjaganya daripada pemilik sebenar Toptyzhka, Maya Kirsanova.

 

“Ramai yang bertanya adakah saya berasa takut dengan Toptyzhka. Jawapannya tidak malah saya berasa selamat setiap kali berada di sampingnya,” ujar Dichka.

Post a Comment