Suka Makanan Sarawak? Tak Perlu Travel Ke Sarawak, Kat KL Pun Ada – Manis Madu
Suka Makanan Sarawak? Tak Perlu Travel Ke Sarawak, Kat KL Pun Ada

Suka Makanan Sarawak? Tak Perlu Travel Ke Sarawak, Kat KL Pun Ada

Sarawak ataupun Bumi Kenyalang sangat terkenal dengan juadah dan variasi makanan yang sangat banyak dan sangatlah sedap. Tapi kalau dah tinggal kat Kuala Lumpur ni susah sikit lah nak dapat makanan dari Sarawak.

 

Bagi anak rantau Sarawak yang menetap atau bermastautin di Lembah Klang atau pun Semenanjung Malaysia dan mungkin terlalu rindukan masakan asli negeri Bumi Kenyalang, terdapat beberapa buah restoran menarik yang mereka boleh masukkan dalam senarai restoran yang bakal dikunjungi pada masa akan datang.

Umai @ Taman Tun Dr Ismail

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Umai TTDI (@umaittdi) on

Dengar sahaja nama Umai merupakan hidangan popular dalam kalangan masyarakat Melanau, restoran ini menyajikan variasi hidangan Sarawak yang lazat dan semestinya autentik.

 

Hidangan menarik yang anda boleh cuba jika anda berkujung ke Umai adalah menu klasik Laksa Sarawak, dan olahan menarik Kuey Teow Tomato.

Sarawak Bowl @ Sunway Putra Mall

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #SarawakBowl (@sarawaksbowl) on

Walaupun lokasinya terletak di dalam sebuah pusat beli belah, namun keaslian sajian Sarawak yang seakan akan hidangan asli dari Bumi Kenyalang. Menu yang disajikan di restoran ini agak unik berbanding restoran lain. Antaranya, manuk pansuh padi huma, Mee Sua Sarawak dan Ayam Panggang Nenas Sri Sarawak. Selain membuatkan anda teringat hidangan asli Sarawak, harga yang ditawarkan di restoran ini adalah sangat berpatutan.

Dapur Sarawak @ Jalan Pahang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dapur Sarawak (@restorandapursarawak) on

Restoran Dapur Sarawak memang sangat dikenali dalam kalangan orang Sarawak yang menetap di Kuala Lumpur. Mereka menyediakan hidangan asli Sarawak pada harga yang sangat murah dan berpatutan.

 

Antara menu kegemaran klasik yang disediakan oleh Dapur Sarawak adalah bihun belacan, mee jawa, mee kolok goreng dan mee kolok crispy. Mereka juga menyediakan hidangan unik seperti nasi manok panggang, nasi aruk dabai dan nasi aruk cornbeef.

SALTed @ Mutiara Damansara

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SALTed (@saltedswk) on

Restoran ini menyajikan makanan Sarawak yang authentic, dari Laksa Sarawak, Mee Kolok ke Sambal Bihun Belacan semua juadah yang ditawarkan akan membuka selera anda. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dengan porsi makanan yang dihidangkan, it’s freaking amazing and delicious.

 

Kalau anda mengunjung ke restoring ini jangan lupa untuk memesan Laksa Kulit Manok.. Perghh… Sedap sangat..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eunice Martin Lim (@euniceeunny) on

Post a Comment