Syak Boyfriend Curang, Pelajar Wanita Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 18 – Manis Madu
Pelajar Wanita Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 18

Syak Boyfriend Curang, Pelajar Wanita Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 18

Akibat dari kekecewaan kepada teman lelakinya, seorang wanita yang juga pelajar sebuah universiti swasta bertindak secara drastic terjun dari tingkat 18 sebelum ditemui maut di tempat kejadian.

Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu 01

Kejadian berlaku di pangsapuri di Bukit Beruang, Melaka, awal pagi kelmarin kira-kira pukul 1.30 pagi yang mana mayat pelajar wanita yang berumur 21 tahun itu ditemui terbaring di atas tanah di belakang blok kediaman asrama oleh beberapa rakannya.

 

Menurut rakan-rakannya, wanita terbabit bertindak sedemikian usai mengesyaki teman lelakinya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

 

Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah menyatakan, setelah mendapatkan keterangan dari rakan-rakan mangsa, mangsa sempat meluahkan perasaan dan berbincang mengenai hubungannya dengan lelaki terbabit sebelum bertindak membunuh diri.

Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu 02

“Maklumat awal, rakan-rakannya memberitahu mangsa ada meluahkan perasaan mengenai hubungannya dengan teman lelaki kira-kira pukul 10 malam”.

 

“Bagaimanapun ketika berbincang, keadaan menjadi tegang apabila mangsa mengesyaki teman lelakinya mempunyai hubungan dengan wanita lain sebelum tiba-tiba berlari keluar dari rumah pada pukul 1 pagi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

 

Tambah Afzanizar lagi, rakan-rakan mangsa yang bimbang dengan keadaan mangsa dengan segera keluar mencari mangsa di sekitar kawasan penginapan universiti yang akhirnya menemui mayat wanita itu di pangsapuri itu di belakang Blok D.

 

“Hasil pemeriksaan di setiap tingkat Blok D, kita berjaya menemui sepasang selipar dan cermin mata di atas lantai tembok berhampiran tangga di tingkat 18 blok berkenaan”.

 

“Kita percaya mangsa telah bertindak terjun dari tingkat 18 pangsapuri berkenaan,” jelasnya.

 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

 

Madu nasihatkan semua Maduners di luar sana supaya tidak membuat keputusan terburu-buru dalam sesuatu perkara, terutamanya yang melibatkan nyawa. Takziah, ucapan Madu kepada keluarga mangsa.

Post a Comment