Syarikat Airbnb Kini Benarkan Pekerja Bekerja Dari Mana-mana Sahaja! Seronok Tak Perlu Masuk Pejabat Pun! – Manis Madu
Syarikat Airbnb Kini Benarkan Pekerja Bekerja Dari Mana-mana Sahaja! Seronok Tak Perlu Masuk Pejabat Pun!

Syarikat Airbnb Kini Benarkan Pekerja Bekerja Dari Mana-mana Sahaja! Seronok Tak Perlu Masuk Pejabat Pun!

Maduners tahu tak syarikat terkenal Airbnb mendapat pujian orang ramai kerana telah mengadaptasi remote work yang dilaksana pada 28 April lepas. 

 

Remote work maksudnya boleh bekerja dari mana-mana pun boleh! Tak kisahlah Maduners ada lokasi tak tidak berdekatan dengan syarikat Airbnb. 

 

Berita gembira ini juga dikongsi sendiri oleh CEO Airbnb iaitu Brian Chesky kepada umum menerusi laman Twitter miliknya.

Di bawah dasar baharu yang dilaksanakan ini, gaji untuk pekerja di Amerika Syarikat dan Kanada akan ditentukan oleh satu peringkat gaji berdasarkan jawatan mereka dan bukan lagi berdasarkan lokasi keberadaan mereka bekerja serta mulai September, lebih 6,000 pekerja Airbnb akan mempunyai pilihan untuk bekerja sehingga tiga bulan setahun dari lebih 170 negara.

 

Menurut Brian Chesky, dasar baharu ini bukan sahaja satu tindakan ke kehadapan dan bagus, tetapi juga satu perkara yang unik dalam pembahagian gaji, kerana kebanyakan syarikat lain yang melaksanakan polisi kerja yang fleksibel masih terikat dengan majikan yang bayar gaji berdasarkan lokasi pekerja. 

 

Bagus betul Airbnb fikir perkara ini tak lupakan gaji, walaupun pekerja berada dekat lokasi tertentu gaji adalah ikut jawatan dan bukannya lokasi yang mana kebanyakan majikan lain yang memanipulasi perkara ini kerana perbezaan mata wang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Brian Chesky (@bchesky)

Model kerja dari mana-mana ini juga dilaksanakan untuk membantu syarikat Airbnb merekrut pekerja yang mempunyai bakat dan pengalaman terbaik tanpa terikat dengan lokasi keberadaan pemohon. 

 

Apa pendapat Maduners, adakah ada mana-mana syarikat di Malaysia akan ikut pelaksanaan ikut yang baik yang dilaksanakan syarikat Airbnb ini?

 

Pada pendapat Syaz mungkin agak sukar kerana melihat daripada teknik work from home yang terpaksa dilaksanakan tahun lepas akibat Covid-19, ramai majikan yang tak senang duduk, hampir hari-hari kena online meeting nak check pekerja kerana tiada kepercayaan yang baik terhadap pekerja, macam mana nak ikut dasar baru macam Airbnb ini? Fikir-fikirkan.

Post a Comment