Tahniah! Dr Noor Hisham Dianugerahkan Gelaran ‘Tan Sri’, Usaha Yang Akan Dikenang Selamanya
Setelah bertungkus-lumus memimpin negara untuk menangani COVID-19, Dr Noor Hisham dianugerahkan ‘Tan Sri’ oleh Agong pada 17 Ogos 2020.
Menurut laporan daripada Astro Awani, Datuk Dr Noor Hisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan merupakan antara individu yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Walaupun gelaran ‘Tan Sri’ dianugerahkan kepada beliau, Tan Sri Dr Noor Hisham menyatakan bahawa ia merupakan satu simbolik penghargaan untuk semua petugas barisan hadapan yang bekerja sehabis baik demi memulihkan negara.
Merafak sembah, menjunjung kasih Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kurniaan pingat PSM. Darjah kebesaran ini adalah satu penghormatan kpd semua petugas barisan hadapan & di belakang tabir KKM, lambang kepercayaan & penghargaan Kerajaan kpd penjawat awam pic.twitter.com/A6Pyb6Nmi6
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 17, 2020
Rata-rata warga Twitter termasuk Dr Amalina Bakri turut menyatakan anugerah yang diberikan setimpal dengan usaha Tan Sri Dr Noor Hisham selama ini.
Congratulations Tan Sri! Very well-deserved!
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) August 17, 2020
Semua rakyat Malaysia juga berbangga atas kejayaan yang telah dicapai oleh Tan Sri Dr Noor Hisham!
A standing ovation for your dedication and motivation of the team! pic.twitter.com/y6s4sIaZTu
— Tom Leng (@TomLeng1) August 17, 2020
Netizen di seluruh dunia turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Noor Hisham atas kejayaannya memimpin negara untuk memerangi COVID-19.
On behalf of all the Australians in Malaysia, congratulations Tan Sri.
— Andrew Goledzinowski (@AusHCMalaysia) August 17, 2020
Terima kasih dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tan Sri Dr Noor Hisham, jasamu untuk negara akan sentiasa dikenang. We love you, Tan Sri Dr Noor Hisham!
The nation put their trust in @DGHisham and @KKMPutrajaya and that trust was today honoured. My heartfelt congratulations to you
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah. #StayAlert #COVID19 is still spreading and killing. pic.twitter.com/XPs6lRPwJD— Dr Rosaida Hj. Md. Said (@DrRosaida) August 17, 2020