Tak Kisah Dengan Ejekan Rakan, Gadis Sanggup Jadi Badut Ganti Arwah Bapa
Ketika remaja lain seusia dengannya sibuk belajar atau berseronok dengan rakan-rakan, gadis asal Indonesia ini terpaksa mencari wang untuk menampung kehidupannya dan keluarga.
Menerusi perkongsian akaun Instagram @insta_julid baru-baru ini, Cindy bekerja sebagai badut dan menuntut dia memakai kostum untuk menghiburkan orang ramai di jalanan untuk mendapatkan wang.
View this post on Instagram
Terdahulu, arwah bapa Cindy melakukan pekerjaan itu, namun setelah bapanya meninggal, Cindy pula mengambil alih tugas berkenaan dan bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Namun apa yang menyedihkan ialah apabila wanita yang merakam kejadian ini bertanya kepada Cindy jika dia merasa malu jika kawan-kawan melihat apa yang dia lakukan.
Cindy sedih namun dengan tenang dia menjawab, dia baik-baik saja asalkan rezeki yang dia dapat ini halal dan dapat membantu ibu serta adiknya yang masih bersekolah.
“Waktu saya bertanya kepada Cindy apakah dia tidak malu jika rakannya melihat dia bekerja sebagai badut?
Cindy menjawab sambil menangis teresak, walaupun seringkali diejek rakan-rakan dan direndahkan, tidak mengapa yang penting halal dan boleh bantu ibu dan bayar sekolah adik,” tulisnya dalam video berkenaan.
Kasihan melihat nasib Cindy, wanita itu kemudian bertanya jika ada apa-apa yang dimahukan gadis tersebut. Tanpa berfikir panjang, Cindy hanya menjawab dia mahu membeli beras buat ibunya dan buku tulis buat dia dan adik. Alaaa, bagusnya!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dan tidak kurang juga yang bersimpati dengan keadaan Cindy. Semoga segalanya dipermudahkan buat Cindy dan keluarga!