Tidur Kerap Terganggu, Anda Mungkin Penghidap Sleep Apnea – Manis Madu
Featured Image Tidur Terganggu

Tidur Kerap Terganggu, Anda Mungkin Penghidap Sleep Apnea

Adakah Maduners pernah mengalami situasi gangguan ketika tidur dimana tidak dapat bernafas dengan baik? Kalau jawapannya adalah Ya. Anda perlu berhati-hati.

 

Maduners berkemungkinan salah seorang yang mengalami Sleep Apnea. Apa itu sleep Apnea?

Sleep Apnea

Sleep-Apnea

Sleep Apnea adalah suatu gangguan yang mengakibatkan terhentinya pernafasan dalam beberapa detik ketika seseorang sedang tidur.

 

Perkara ini terjadi kerana tertutupnya saluran pernafasan yang disebabkan beberapa faktor. 

 

Sleep Apnea ini boleh berlaku bukan hanya sekali sahaja semasa Maduners sedang tidur, tetapi ia boleh berlaku berkali-kali. 

 

Masalah ini akan menyebabkan Maduners tidak mendapatkan tidur yang nyenyak dan kebiasaannya ia berlaku ke atas mereka yang ada masalah berdengkur.

 

Ketika Apnea berlaku ke atas seseorang, kadar oksigen dalam darah menurun sehingga menyebabkan tindak balas otak yang memaksa kita untuk bangun dan cuba bernafas kembali. Sebab itu Maduners akan mudah dan kerap terjaga.

 

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan puncanya yang tersendiri. 

 

Antara punca kenapa seseorang boleh mengalami sleep Apnea ialah disebabkan faktor kegemukan, leher pendek, dagu kecil atau mungkin Maduners seorang yang mempunyai masalah hidung tersumbat.

 

Antara faktor lain yang menyumbang kepada penyakit ini juga boleh disebabkan pengambilan alkohol dan rokok.

Alkohol & Rokok

Alkohol-dan-Rokok

Kalau Maduners sejenis yang suka minum alkohol atau kuat merokok ini akan menyebabkan otot bahagian tekak menjadi kendur dan menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur.

Hormon Tiroid

Masalah hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar juga boleh menjadi faktor seseorang mengalami sleep Apnea.

 

Sleep Apnea ini walaupun tidak terlalu ditekankan, tetapi Maduners perlu tahu bahawa ia boleh membahayakan kesihatan.

 

Timbul risiko kematian mendadak dalam tidur disebabkan serangan jantung mahupun strok yang menyerang ke atas seseorang.

 

Tanda yang perlu anda tahu untuk mengesan sama ada Maduners atau orang sekeliling ada masalah sleep Apnea ini atau tidak adalah berdengkur dengan kuat serta mengantuk di waktu siang. 

 

Tetapi jangan di salah erti. Tidak semua orang yang tidur berdengkur itu adalah penghidap sleep Apnea. 

 

Anda perlu memerhati gejala-gejala lain juga seperti mudah rasa lemas semasa tidur, kurang daya konsentrasi, pemarah, kerap ubah posisi tidur dan sebagainya.  

 

Kalau Maduners nak tahu, sleep Apnea ini juga boleh berlaku keatas bayi juga.

 

Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin, korang perlulah sentiasa mengawasi anak-anak supaya penyakit ini tidak menyerang anak-anak semasa tidur. 

 

Bagi yang dewasa pula, Miera nasihatkan supaya Maduners mencari jalan atau mengambil langkah pencegahan awal jika Maduners mempunyai gejala-gejala yang disebutkan.

Post a Comment