Tak Lengkap Kalau Jalan-Jalan Bazaar Ramadan Tak Beli 5 Makanan Ini! – Manis Madu
Tak Lengkap Kalau Jalan-Jalan Bazaar Ramadan Tak Beli 5 Makanan Ini

Tak Lengkap Kalau Jalan-Jalan Bazaar Ramadan Tak Beli 5 Makanan Ini!

Kemeriahan bulan puasa dimeriahkan dengan kewujudan aneka juadah menyelerakan dan menarik di bazaar Ramadan. Sekali masuk bazaar, penuh tangan!

 

Haa, hari ini jom kita tengok 5 makanan paling popular dibeli ketika bulan puasa. Makanan favourite Maduners ada tersenarai tak?

#1 Murtabak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jebylim (@jebylim)

Memang tak dapat dinafikan! Murtabak adalah antara juadah yang paling popular dicari ketika bulan puasa. Murtabak lazimnya disediakan bersama isi daging atau ayam cincang, dimasak dengan telur dan bawang. Kalau lalu di gerai jual murtabak, bau dia menusuk kalbu!

#2 Roti John

Penangan Roti John juga boleh tahan hebat! Memang antara juadah yang akan disebut-sebut menjelang Ramadan meskipun boleh buat sendiri di rumah. Tapi bila masuk bulan puasa, penangan dia lain macam! Terbayang-bayang roti lembut bersalut telur bersama kari daging, ditambah pula sos cili serta mayonis melimpah ruah. Memang nikmat!

#3 Ayam Percik

Siapa tak suka ayam percik, rugi! Sebab ayam percik adalah salah satu makanan istimewa yang perlu ada untuk berbuka. Proses penyediaannya yang agak sukar dan leceh membuatkan makanan ini sangat berbaloi serta tak ramai yang menjualnya. Kalau ada, jangan pandang yang lain dah!

 

Kalau Maduners nak tahu masakan percik ini memang popular dekat Kelantan, siap ada pedal percik, hati ayam percik, ikan percik dan banyak lagi!

#4 Aneka Kuih Muih

Selain makanan berat, pencuci mulut berupa kuih muih memang tak tinggal! Deretan kuih muih korang boleh dapat waktu cuci mata di bazaar Ramadan.

Aneka Kuih Muih

Sumber gambar: chefgunawanmalaysia

Antara kuih famous di bulan puasa ialah tepung pelita, popia basah, kuba guling, onde-onde, kuih cara dan banyak lagi!

#5 Deretan Minuman

Boleh dikatakan, air adalah antara sasaran utama orang ke bazaar Ramadan. Lagi menarik kalau satu-satu gerai menjual deretan minuman pelbagai perisa. Meronta-ronta tekak!

 

Air soya, kathira, tebu dan jagung antara air yang paling dicari! Haa, apa air yang wajib korang beli untuk berbuka?

 

Satu perkara yang Madu perasan, walaupun makanan-makan ini boleh jerr didapati ketika bulan biasa tetapi tetap jadi makanan istimewa bila menjelang bulan puasa. Maduners setuju tak?

Post a Comment