Tak Pakai Tuala Wanita Boleh Bawa Maut? Biar Betul! – Manis Madu
Tak Pakai Tuala Wanita Boleh Bawa Maut_ Biar Betul!

Tak Pakai Tuala Wanita Boleh Bawa Maut? Biar Betul!

Sejak kebelakangan ini, isu kepentingan tuala wanita semakin mendapat perhatian dengan tujuan menyebarkan lebih banyak kesedaran dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Kini, isu kemiskinan haid bukan lagi perkara asing!

Wanita Kategori B40

Untuk pengetahuan Maduners, ada tinjauan yang dilakukan mendapati sebanyak 13.5% wanita B40 tidak mampu membeli tuala wanita dan 16.4% daripadanya pula menyatakan bahawa mereka mengalami kesulitan untuk membeli produk pengurusan haid.

natracare-C0QHEyS7sh0-unsplash (1)

Sebenarnya, jangan ambil mudah perkara ini (tiada aksess kepada produk hygiene dan air bersih) kerana ia merupakan antara pembunuh utama wanita diseluruh dunia!

sydney-sims-5_n3X6EfRNc-unsplash (1)

Rancak sangat bercerita tentang kemiskinan haid, rasa-rasanya apa yang penting sangat dengan pemakaian tuala wanita ini? Katanya antara pembunuh utama wanita seluruh dunia?

 

Ya, betul! Seramai 800 ribu wanita di seluruh dunia maut akibat tiada akses kepada air bersih dan produk hygiene.

the-creative-exchange-zLp1aBvMUdA-unsplash (1)

Risiko

Tanpa produk pengurusan haid yang baik, wanita berisiko mengalami:

  • Jangkitan saluran air kencing
  • Jangkitan sistem peranakan
  • Jika jangkitan semakin serius, boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang
  • Berisiko terkena kanser

 

Haa, sebab itu kegagalan mendapatkan produk pengurusan haid yang baik boleh menjadi pembunuh wanita!

 

Oleh kerana itu juga, isu kemiskinan haid jangan ambil mudah. Sedarlah bahawa tuala wanita adalah bahan asas yang penting buat semua wanita. 

 

Jangan pula kita mempertikai, kenapa masih ada golongan yang tidak mampu membeli tuala wanita dan sanggup mengandung untuk mengelakkan datang haid.

oana-cristina-mZel4xJrMUM-unsplash (1)

Sebaliknya, jadilah lebih prihatin kepada keperluan wanita dan hulurkan bantuan dengan cara bekalkan produk buat mereka yang memerlukan.

Post a Comment