Scotland Adalah Negara Pertama Beri Pad & Tampon Secara Percuma Kepada Wanita! Memang Hebat! – Manis Madu
Pad dan tampon percuma di Scotland

Scotland Adalah Negara Pertama Beri Pad & Tampon Secara Percuma Kepada Wanita! Memang Hebat!

Wah! Beruntung betul wanita di Scotland! Maduners tahu tak, Scotland adalah negara pertama di dunia yang menyediakan produk-produk yang diperlukan wanita ketika datang haid secara percuma!

 

Produk pembersihan peribadi wanita atau lebih dikenali sebagai produk sanitari adalah sesuatu yang sangat penting untuk kegunaan harian seorang wanita. Bagusnya bila Scotland umumkan akan membekalkan produk sanitari secara percuma!

tampons-and-pads-available-for-free-768

Sumber Gambar: news365.co.za

Anggota Parlimen Scotland (MSP) sudah pun luluskan Rang Undang-Undang untuk produk haid (peruntukan percuma) setelah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2017.

scotland-period-poverty-protest

Sumber Gambar: edition.cnn.com

Dianggarkan wanita memperuntukkan sebanyak £13 (RM70.80) dalam masa sebulan untuk membeli keperluan produk haid dan beberapa ribu pound sterling sepanjang hayat. Banyak!

 

Dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin tertekan akibat pandemik Covid-19 ini, Scotland akan menjadi negara pertama yang membantu kemiskinan bagi mendapatkan produk menstruasi dengan adanya undang-undang ini.

 

Untuk pengetahuan Maduners lagi, undang-undang ini juga mewajibkan universiti, sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi bagi menyediakan produk tersebut di semua tandas yang sesuai. Kementerian juga akan menetapkan institusi awam untuk meletakkan produk menstruasi di farmasi atau pusat komuniti. Best kan?

 

Kalau Maduners nak tahu, skim ini menelan belanja sebanyak £32 juta (RM174,328,456.38) setahun! Oleh sebab itu, produk ini tidak akan diberi percuma secara universal dan hanya diberikan percuma bagi sesiapa yang memerlukan sahaja.

 

Memang salute~lah dengan negara Scotland! Madu rasa Malaysia pun boleh ikut jejak Scotland untuk beri kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan ketika datang bulan.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment