Tak Perlu Rasa Malu, Jejaka 23 Tahun Tayang Teman Wanita Umur 60 Tahun – Manis Madu
Jejaka 23 Tahun Leo Tayang Teman Wanita Umur 60 Tahun

Tak Perlu Rasa Malu, Jejaka 23 Tahun Tayang Teman Wanita Umur 60 Tahun

Pernyataan ‘cinta tidak mengenal usia’ sangat sesuai dengan kisah hubungan yang terjalin antara lelaki berusia 23 tahun dengan wanita berusia 60 tahun ini, lapor Daily Star.

 

Meskipun Leo, 23, tidak peduli tentang perbezaan usia antara dia dan teman wanitanya namun jejaka itu ternyata kecewa apabila kisah hubungan mereka menjadi bahan jenaka ramai.

Malah, terdapat individu yang turut meninggalkan komen jahat mengenai wajah berkedut teman wanitanya.

 

Enggan ambil pusing dengan kata-kata orang, Leo tetap memuat naik video mesra dengan teman wanitanya itu di TikTok.

 

Malah sehingga kini, ia sudah menerima lebih 50, 000 tontonan!

 

Antara video yang mencuri tumpuan tentunya babak memaparkan pasangan itu menari di pasar raya.

Post a Comment