Tak Puas Hati Hafidzah Hassan Dihentam, Anju ‘Spill Tea’ Tentang Ammar Alfian
Tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon Ammar Alfian menghentam peguam Nurul Hafidzah Hassan di Instagram, selebriti media sosial, Zarina Anjoulie, membuka pekung pelakon lelaki tersebut yang katanya sudah lama disimpan.
View this post on Instagram
Dalam rantaian ciapannya di Twitter, Zarina dilihat menghentam kembali Ammar dengan menyifatkannya sebagai seorang individu yang tidak pandai mengenang budi selain mendakwa Hafidzah merupakan satu-satunya peguam yang tampil menyelesaikan masalahnya berkaitan undang-undang.
ammar alfian time kau susah siapa tolong kau ar? lawyer lain rosak kan case kau dia dapat duit baki sipi2 je lawyer tu je . lagi nk cite pic.twitter.com/5HysPpZMPA
— zarina anjoulie (@ZarinaAnjoulie_) April 25, 2022
“Ammar Alfian, waktu kau susah, siapa yang tolong kau ya? Peguam lain rosakkan kes kau, dia dapat duit baki sipi-sipi saja peguam itu saja. Lagi nak cerita?
ammar alfian kau memang ungrateful kau pergi bantai org kat gym siapa tolong kau settlekan????? nurul hafizah n suami jugak yg settlekan utk kau. pastu minggu depan tu kau gi bantai org lagi
— zarina anjoulie (@ZarinaAnjoulie_) April 25, 2022
“Kau memang tak pandai bersyukur. Kau pergi bantai orang di gym, siapa yang tolong kau selesaikan? Nurul Hafidzah dan suami juga yang selesaikan untuk kau. Lepas itu, minggu depan itu pula, kau pergi bantai orang lagi.
ammar alfian jgn la tak sedar diri… time masa minta tolong bukan main kau pura2 baik kau dga guna kan org tu dan2 pulak kawan aku jahat.
— zarina anjoulie (@ZarinaAnjoulie_) April 25, 2022
“Janganlah tak sedar diri. Waktu minta tolong bukan main kau berpura-pura baik. Kau dah gunakan orang itu dan-dan itu pula kawan aku itu jahat. Kau dapat tebus talak dan dapat anak kau pun pasal siapa? Sekali lagi, aku ingatkan, siapa tolong masa kau kena tangkap? Sedar dirilah!” katanya.
Selain itu, Zarina turut membongkar angkara Ammar yang kononnya masih belum melunaskan bayaran kepada Hafidzah.
“Geli hati aku tak habis-habis cakap Hafidzah nak rompak kau. Rompak apa weh? Kau yang hutang dia, lagi buat-buat lupa,” katanya.
rompak apa giler ???? kau hutang dia ada la 🤣
— zarina anjoulie (@ZarinaAnjoulie_) April 25, 2022
Selain itu, tambah pelakon filem Kuat Ketawa ini lagi, dia berasa hairan mengapa baru sekarang Ammar mumcul untuk memburukkan Hafidzah namun tidak menolak kemungkinan pelakon lelaki itu cuma mahu menumpang tular sama.
“Tapi dia ini pandai, dia cerita sikit saja pada netizen. Lepas itu, separuh daripadanya adalah penipuan. Dia tidak beritahu hal sebenar. Kenapa tak habis cerita pada netizen apa yang kau buat? Tahi sendiri pandai nak simpan kan?
“Lepas itu nak publisiti murahan, kau viralkan kawan aku yang dah tolong kau macam-macam. Jadi hari ini, biar aku yang tumpahkan teh tentang kebenaran mewakili kawan aku,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina memohon maaf kepada semua netizen kerana meluahkan perkara ini di media sosial lantaran enggan pelbagai pihak cuma mendengar cerita di sebelah pihak semata.
Kebelakangan ini, Hafidzah Hassan menjadi ‘popular’ di media sosial apabila mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun berhubung kes dera remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Dia juga dilihat menerima kecaman dan kritikan yang teruk memandangkan netizen dan rata-rata masyarakat lebih menyebelahi nasib malang yang menimpa Bella.