Tak Senang Duduk Dibuatnya! Wanita Kena Gangguan Seksual Ketika Makan Di Restoran – Manis Madu
Tak Senang Duduk Dibuatnya! Wanita Kena Gangguan Seksual Ketika Makan Di Restoran

Tak Senang Duduk Dibuatnya! Wanita Kena Gangguan Seksual Ketika Makan Di Restoran

Sudah kerap kali cerita tentang gangguan seksual terhadap wanita berlaku dan ternyata perkara itu masih berlaku hingga ke hari ini.

 

Baru-baru ini melalui ciapan di Twitter, seorang gadis meluahkan rasa kesal dan sedih apabila diganggu ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

Menurut perkongsian tersebut, gadis itu memberitahu ketika dia sedang menikmati makan tengahari, dia didatangi pengurus restoran tersebut yang bertindak ‘terlebih ramah’ terhadapnya.

 

Pengurus tersebut difahamkan selalu mendatangi mejanya untuk ‘memeriksa’ samada makanannya dalam keadaan baik dan turut bertanya soalan-soalan peribadi seperti pekerjaannya, tinggal di mana dan adakah dia masih bujang.

 

Tambah gadis itu lagi, pengurus restoran itu juga turut memberi business card kepadanya dan meminta dia menghubungi lelaki tersebut atas alasan ingin berkawan.

 

Tindakan lelaki itu semakin parah termasuk duduk di depan gadis tersebut tanpa meminta izin, secara tiba-tiba memberi potongan harga 10% ketika dia mahu membayar makanan dan berkata ingin menjadikan gadis itu sebagai teman wanitanya. 

 

Meskipun kesal dengan keadaan itu, gadis berkenaan terpaksa berdiam diri kerana tidak mahu mencetuskan kekecohan di restoran tersebut.

 

Selepas memuat naik ulasan di Google review tentang restoran tersebut, gadis itu turut menghubungi pemilik restoran itu dan dia diminta untuk memadam ulasannya dan pihak restoran akan menyiasat perkara tersebut. 

 

Di akhir ciapannya, gadis itu turut menasihati netizen untuk hanya mengecam tindakan pengurus itu dan tidak mengaitkannya dengan unsur perkauman.

Post a Comment