Tak Susah Pun! Proses Hasilkan Cincau Rupanya Senang Dan Tak Rumit – Manis Madu
Tak Susah Pun! Proses Hasilkan Cincau Rupanya Senang Dan Tak Rumit

Tak Susah Pun! Proses Hasilkan Cincau Rupanya Senang Dan Tak Rumit

Minuman cincau sememangnya menyegarkan anak tekak. Kalau minum waktu cuaca panas memang layan!

 

Selain menyegarkan dan menghilangkan haus, cincau juga diketahui mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan. Antaranya:

 

  • Boleh melancarkan pencernaan
  • Sangat efektif sebagai ubat untuk sakit tekak
  • Membantu mengurangkan panas badan
  • Boleh membantu turunkan berat badan
  • Mengubati keracunan makanan
  • Baik untuk kesihatan mata
  • Boleh mencegah diabetes

 

Terdapat satu perkongsian di laman TikTok mengenai cara-cara menghasilkan cincau. Rupanya, cincau diperbuat daripada daun dan berwarna hijau! Yang selalu kita jumpa berwarna hitam itu setelah dicampur dengan arang.

 

Mula-mula, petik daun terlebih dahulu dan cuci bersih-bersih. Kemudian, rendam daun tersebut dengan air putih selama 1 jam pada suhu bilik.

 

Setelah itu, ramas daun-daun itu (tidak boleh gunakan pengisar) dan tapis untuk mendapatkan airnya.

 

Biarkan selama beberapa jam hingga cairan itu mengeras dan boleh terus di makan!

 

Maduners boleh tengok cara-caranya di dalam video ini:

@drraihanaismail Rupanya cincau dari daun. Banyak pulak khasiatnya tu! Sepanjang hayat ingatkan ni rumput liar.. #fyp #fypシ #foryoupage #efferty #tiktokguru #jombelajar ♬ original sound – Dr Raihana Ismail

Siapa suka makan cincau? Lepas ini mungkin boleh cuba buat cincau sendiri. Nampak macam senang jerr proses dia. Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment