Tak Tahan Dengan Sakit Senggugut! Tapi Betul Ke Akupunktur Boleh Bantu Legakan Senggugut? – Manis Madu
Tak Tahan Dengan Sakit Senggugut! Tapi Betul Ke Akupunktur Boleh Bantu Legakan Senggugut

Tak Tahan Dengan Sakit Senggugut! Tapi Betul Ke Akupunktur Boleh Bantu Legakan Senggugut?

Senggugut memang pengganggu nombor 1 rutin harian setiap bulan! Tangani senggugut dengan cara-cara efektif ini.

 

Punca utama senggugut ialah kerana rahim diri kita berada dalam keadaan kekejangan. Sesetengah wanita akan sukar untuk melakukan aktiviti harian seperti hari-hariĀ  biasa.

Walaupun senggugut tidak boleh dielakkan dan datang tanpa diduga, sebenarnya ada beberapa cara untuk melegakannya.

1. Berehat

Walaupun ada banyak cara untuk melegakan kesakitan senggugut, wajarlah Maduners dapatkan rehat yang secukupnya. Tidak perlu memaksa diri untuk melakukan aktiviti harian yang berat.

2. Akupunktur dan akupresur

acupuncture

Menurut Medical News Today, hasil kajian baru menunjukkan bahawa kesakitan senggugut boleh berkurang sebanyak 50% dengan menggunakan kaedah akupunktur untuk merawatnya.

3. Menggunakan pek panas (hot pack)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astha. (@astha_what) on

Pek panas seperti ini banyak dijual di farmasi. Setelah memanaskan hot pack tersebut, Maduners boleh meletakkannya di bahagian perut atau belakang badan.

4. Mengambil ubat-ubatan tambahan

Planned Parenthood menyatakan ubat-ubatan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ialah ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) atau acetaminophen (Tylenol).

Kalau Maduners rasa ragu-ragu untuk mencuba ubatan tersebut, rujuk kepada doktor atau ahli farmasi yang dipercayai.

5. Bersenam

Larat ke nak bersenam? Senaman yang Madu maksudkan bukanlah yang terlalu lasak, sekadar yoga pun memadai.

 

Jika kesemua kaedah yang Madu telah syorkan tidak berkesan, Madu nasihatkan untuk Maduners berjumpa dengan doktor pakar. Takut ada masalah kesihatan lebih serius yang lain pula.

Kepada yang selalu menghidap senggugut, anda tidak keseorangan. Kekal kuat okay!

Post a Comment