Tak Tahan! Ini Punca Sebenar Ramai Doktor Hantar Notis Berhenti 24 Jam – Manis Madu
Tak Tahan! Ini Punca Sebenar Ramai Doktor Hantar Notis Berhenti 24 Jam

Tak Tahan! Ini Punca Sebenar Ramai Doktor Hantar Notis Berhenti 24 Jam

Isu doktor kontrak adalah isu yang sudah lama dibangkitkan. Bekerja selama belasan jam sehari, cuti dibekukan, tiada prospek kemajuan dalam kerjaya merupakan antara luahan mereka selama ini.

 

Ditambah pula dengan situasi Covid-19 melanda negara, tekanan serta beban kerja mereka semakin bertambah sehingga banyak di antara mereka sudah putus asa dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

 

Sekitar dua hari yang lalu, akaun @HKontrak atau Hartal Doktor Kontrak ada memuat naik hantaran berkait realiti yang dilalui para doktor di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Hantaran tersebut mendedahkan bahawa mereka perlu bekerja setiap hari meskipun di hari cuti mingguan atau kelepasan awam.

 

Lebih menyedihkan, mereka juga tidak layak claim oncall meskipun sudah bekerja lebih masa.

 

“Sudahlah kontrak, gred gaji tak naik, ambil paper pun tak boleh jadi pakar, kena kerja hari-hari pun tak boleh claim oncall.

 

“Inilah pengorbanan di Hari Raya Korban katanya,” luah doktor berkenaan di laman Facebook.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti warganet meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang terpaksa ditanggung doktor kontrak di masa sekarang.

 

“Still ada yang kata diorang ni selfish? Kalau diorang ni selfish, dah lama HC negara ni hancur. Sebab  tu aku tak pernah kata rakyat yang jadi doktor pakar kat negara luar tu as “pengkhianat”,” ciap salah seorang pengguna Twitter.

 

Semoga mereka mendapat pembelaan sewajarnya dan situasi Covid-19 di negara kita akan segera pulih!

Post a Comment