Tayang Wanita Berlari, Rancangan Televisyen Ini Popular Di Jepun – Manis Madu
Featured Image 1163

Tayang Wanita Berlari, Rancangan Televisyen Ini Popular Di Jepun

Jika dilihat terdapat pelbagai jenis rancangan televisyen yang disiarkan di kaca TV rumah dan mungkin ada diantaranya memiliki konsep dan idea yang sama.

 

Tetapi rancangan televisyen Zenryokuzaka di Tokyo, Jepun ini sedikit berbeza dan agak unik apabila rancangan ini menyiarkan program wanita berlari di jalan curam secara berepisod.

 

Menurut laporan Oddity Central, Zenryokuzaka ini adalah salah satu rancangan televisyen yang paling lama di Jepun dimana ia telah berjalan selama 15 tahun.

 

Rancangan ini biasanya disiarkan pada jam 1.20 pagi dari hari Isnin hingga Khamis. Setiap episod hanya berlangsung tidak lebih dari enam minit.

 

Program ini dapat menarik ramai penonton kerana keunikan konsep yang dibawa dalam setiap episod menampilkan satu watak utama iaitu wanita berlari di jalan yang curam.

 

Walaupun konsep yang diketengahkan ini dilihat sederhana untuk siaran televisyen pada lewat malam, tetapi rancangan ini tetap popular di Jepun dan sudah bertahan selama 15 tahun.

 

Setiap episod membawakan personaliti wanita yang berbeza dan kebiasaan dari kalangan pelakon muda, personaliti media sosial dan juga penghibur.

 

Rancangan ini tidak membosankan kerana  penggambarannya juga dikatakan berlangsung di lokasi yang berbeza di sekitar Tokyo.

 

Di saluran khusus Youtube bagi rancangan ini sahaja sudah hampir 3000 episod disiarkan bermula dari awal rancangan ini diterbitkan.

 

Penerbit rancangan memaklumkan wanita muda tetap akan dikekalkan sebagai fokus utama, namun perkembangan baru itu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat setia rancangan di Jepun ini.

 

Sumber Gambar: Oddity Central

Post a Comment