“Tengok Tu Mama, Orang Kaki Robot” Lelaki Terkejut Reaksi Ibu Kanak-Kanak Siap Tunggu Di Parkir! – Manis Madu
“Tengok Tu Mama, Orang Kaki Robot” Lelaki Terkejut Reaksi Ibu Kanak-Kanak Siap Tunggu Di Parkir!

“Tengok Tu Mama, Orang Kaki Robot” Lelaki Terkejut Reaksi Ibu Kanak-Kanak Siap Tunggu Di Parkir!

Menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu diajar sejak kecil lagi. Pendekatan itu adalah perlu supaya anak-anak terbiasa berbuat baik kepada semua orang.

 

Menurut perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai @sofw4n_ di laman Twitter baru-baru ini mencuri perhatian warganet terutamanya golongan berstatus ibu bapa.

Dalam ciapan tersebut, Sofwan berkongsi satu situasi ketika dia berada di pasar raya sebelum terdengar seorang kanak-kanak berkata sesuatu kepada ibunya.

 

“Tengok tu mama, orang kaki robot,” ujar kanak-kanak tersebut.

 

“Tak baik cakap macam tu, dosa,” balas ibu kanak-kanak tersebut dengan nada tinggi bertujuan untuk mengajar, bukan memarahi.

Namun, apa yang lebih mengejutkan Sofwan, dia tidak menyangka ibu kanak-kanak tersebut menunggu di ruang parkir untuk meminta maaf kepadanya atas kata-kata anaknya tadi.

 

Jelasnya lagi, dia merasa terharu kerana situasi begitu jarang berlaku dan kebiasaannya segelintir ibu bapa akan menggunakan kekurangannya untuk memberikan ‘pengajaran’ kepada si anak.

 

“Duduk diam-diam, nanti kaki kena potong macam abang tu. Kaki abang tu kena potong sebab dia selalu melawan ibu dia,”

 

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet memuji tindakan si ibu kerana mendidik anaknya dengan cara yang betul dan tidak menggunakan kekurangan orang lain sebagai ‘pengajaran’.

Post a Comment