Tergamam! Anak Minta Beli ‘Lolipop Coklat’ Rupanya Kotak Kondom – Manis Madu
Anak Minta Beli ‘Lolipop Coklat’ Rupanya Kotak Kondom

Tergamam! Anak Minta Beli ‘Lolipop Coklat’ Rupanya Kotak Kondom

Reka bentuk atau design bagi sesuatu produk sangat memainkan peranan dan mempengaruhi jualan. Kadang-kadang, pelanggan lebih tertarik dengan design pembungkusan produk berbanding produk itu sendiri.

 

Selain bertujuan untuk pemasaran, design pembungkusan sesuatu produk itu perlulah berjaya menyampaikan kepada pelanggan maklumat tentang produk tersebut.

 

Namun, pemilihan visual pada kotak atau plastik pembungkusan produk perlulah bersesuaian untuk tontonan umum terutamanya kanak-kanak.

 

Ini bertepatan dengan situasi yang berlaku kepada seorang lelaki apabila anak lelakinya mahukan ‘lolipop’ berperisa coklat yang dijual di sebuah kedai.

Durex Chocolate with Dots and Flavour

Video asal yang dimuat naik di Instagram sekitar seminggu lalu dimuat naik semula di laman TikTok baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila ‘lolipop’ coklat yang di minta kanak-kanak lelaki itu ternyata merupakan kondom berjenama popular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayap (@ashraffjamarry)

Salah faham itu tercetus gara-gara kotak kondom tersebut sebenarnya direka seperti coklat lolipop yang menggambarkan ‘rasa’ produk itu sendiri.

 

Rentetan itu, bapa kanak-kanak ini berharap pihak syarikat kondom berkenaan meneliti semula rekaan kotak kondom berkenaan supaya tidak disalah erti oleh kanak-kanak bawah umur seperti yang berlaku kepada anaknya.

 

“Siapa designer benda alah ni, dah boleh tukar kot,” tulisnya dalam video berkenaan.

 

Hingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih dari 4 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet mengenai situasi tersebut.

Post a Comment