Terima Mesej Peribadi Dari Petugas PPV, Gadis Minta Pelaku Dikenakan Hukuman! – Manis Madu
Terima Mesej Peribadi Dari Petugas PPV, Gadis Minta Pelaku Dikenakan Hukuman2

Terima Mesej Peribadi Dari Petugas PPV, Gadis Minta Pelaku Dikenakan Hukuman!

Semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapatkan tarikh pemberian vaksin bahkan ramai juga antara mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

 

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cerita tidak enak dikongsikan individu tentang pengalaman mereka mendapatkan vaksin.

 

Menurut perkongsian seorang gadis di laman Twitter, @r0cksen telah mengulang ciap satu ciapan daripada seorang pemuda tentang laporan terhadap kakitangan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ini berikutan isu pencerobohan privasi yang mana kakitangan berkenaan didapati telah menghantar mesej peribadi kepada mereka untuk tujuan yang tidak jelas.

 

Hal ini menimbulkan kebimbangan bagaimana maklumat peribadi seperti nombor telefon yang didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah disalahguna.

 

Rentetan itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah memberi maklum balas terhadap perkara berkenaan dan difahamkan tindakan telah diambil terhadap petugas terbabit yang telah dikenal pasti.

 

Melihat ke ruangan komen, ternyata ini bukan kes pertama yang berlaku dan rupanya telah ramai wanita turut terkena nasib yang sama!

sexual_harassment_1.JPG

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian warganet dan rata-rata mereka mengecam tindakan kakitangan tersebut dan menyifatkan individu berkenaan tidak profesional dalam menjalankan tugas. 

 

Mereka juga berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap isu ini serta perkara yang sama tidak akan berulang kembali.

Post a Comment