[Terkini] Dirogol & Dibunuh Atau Punca Kematian Yang Lain? Kematian Christine Decera Masih Dalam Siasatan!
Semalam kecoh di laman Twitter apabila trending nama seorang pramugari Filipina bernama Christine Angelica Dacera, 23 dengan hashtag #ChristineDacera.
View this post on Instagram
Ini berikutan pramugari cantik tersebut didapati meninggal dunia selepas mayatnya ditemui dalam sebuah bilik hotel di bandar Makati, Filipina.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam tab mandi di bilik hotel yang merupakan tempat dia bersama rakan-rakan menyambut ambang Tahun Baru 2021 dan dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan sebelum disahkan meninggal dunia.
View this post on Instagram
Gambar terakhir yang dimuat naik Christine di laman instagram dengan caption “Penerbangan yang terakhir untuk tahun ini.”
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Bandar Makati telah menahan 11 orang lelaki yang merupakan individu terakhir yang bersama Christine pada hari kejadian.
Tiga daripada 11 suspek adalah rakan Christine, manakala selebihnya merupakan individu tidak dikenali mangsa dan merupakan rakan kepada tiga rakan Christine.
Pada awalnya pihak polis telah memfailkan pertuduhan merogol dan membunuh terhadap 11 lelaki tersebut berikutan penemuan kesan koyakan dan sperma di bahagian kemaluan mangsa. Selain itu, kesan lebam dan cakaran turut ditemui pada badan mangsa.
Namun, hasil bedah siasat mendapati kematian Christine bukan berpunca kerana dirogol tetapi kerana penyakit yang diberi nama Ruptured Aortic Anuerysm. Kesan koyakan, lebam dan cakaran tersebut adalah luka yang sembuh dari beberapa hari sebelumnya dan tiada petunjuk mengenai air mani.
No indication of Semen.
Lacerations in the vagina are healed meaning it was from days before.
= No signs of rape.
Anuna. #JusticeForChristineDacera #PULISANGTERORISTA pic.twitter.com/QwNmCbAIET
— Paulo Castro (@pawawawofficial) January 5, 2021
Pihak keluarga Christine kini melakukan satu lagi bedah siasat dan sedang menunggu keputusan untuk membantah penemuan awal pihak berkuasa bahawa dia meninggal disebabkan natural causes.
Apa-apa pun semoga kes ini berakhir dengan baik dan kebenaran sebenar akan diketahui umum. Yang penting, jangan sebar berita palsu! Selagi belum keluar keputusan daripada pihak berkuasa, lebih bagus doakan perkara yang baik sahaja.