[Terkini] Twice Momo & Super Junior Heechul Berpisah Selepas 20 Bulan Bercinta – Manis Madu
Twice Momo & Super Junior Heechul Berpisah Selepas 20 Bulan Bercinta

[Terkini] Twice Momo & Super Junior Heechul Berpisah Selepas 20 Bulan Bercinta

Twice Momo dan Super Junior Kim Heechul dikatakan telah menamatkan hubungan setelah 20 bulan bercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김희철 (@kimheenim)

Menurut laporan Kpopstarz, hubungan mereka dikatakan mula merosot kerana kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWICE (@twicetagram)

Disebabkan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjaya masing-masing, pasangan kpop itu mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan romantik mereka dan kembali menjadi rakan sekerja.

 

Momo dan Heechul bagaimanapun sebelum ini dilihat sangat mesra dan mempunyai chemistry yang baik antara satu sama lain.

 

Perpisahan antara momo dan Heechul itu juga memberi kesan kepada peminat-peminatnya apabila ramai di antara mereka meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan kenyataan itu di laman Twitter.

 

Menerusi laman twitter @catherinemae_d, dia mengharapkan Heechul dan Momo akan melangsungkan perkahwinan tetapi berita yang diperoleh adalah sebaliknya.

“I was waiting for marriage news of Heechul and Momo and I got breakup news instead” – @catherinemae_d

“ I just woke up and saw Heechul and Momo’s break up news I am hurt” – @MadzLopezz

 

Walaubagaimanapun, ada juga di antara peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka dan menghormati keputusan yang dibuat Heechul dan Momo.

“Best of love and luck to the both of you. Thank you for the times you had together walking on the same road. Now your road has separated but I hope you’ll be happy on each of your paths” – @haveyoumattshin

Post a Comment