Terlalu Banyak Orang Gemuk? Malaysia Ungguli Carta Penduduk Paling Ramai Mempunyai Penyakit Obesiti – Manis Madu
obesity

Terlalu Banyak Orang Gemuk? Malaysia Ungguli Carta Penduduk Paling Ramai Mempunyai Penyakit Obesiti

Kenapa? Sebab masalah ini merupakan masalah yang biasa di Malaysia dan sering dikaitkan dengan body shaming jika kita bersuara mengenai perihal ini.

measuring tape white

Menurut ERA, sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh World Population Review menyatakan bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk dengan masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara iaitu 15.6% jika dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia yang mana kedua-dua negara ini berada di bawah 10%.

 

Kenapa sebenarnya Malaysia mengungguli carta ini? Jom Madu ceritakan satu persatu.

#1 Pelbagai Jenis Makanan

Pelbagai Jenis Makanan Jalan Alor Street Market, Kuala Lumpur, Malaysia

Pertama adalah sebab makanan kita sendiri. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan makanan yang berkolestrol tinggi.

 

Kolestrol datangnya dari bahan-bahan yang biasanya rakyat Malaysia gunakan seperti santan, gula perang, gula putih dan juga susu pekat yang mempunyai jumlah gula yang amat tinggi.

 

Namun tidak dinafikan bahawa makanan-makanan Malaysia sangatlah sedap, bila makan pun sampai bertambah.

 

Kita boleh makan tapi kawal amaun makanan kita dengan memastikan protein sentiasa melebihi jumlah karbohidrat yang diambil serta lebihkan minum air putih (mineral).

#2 Masalah Genetik

Masalah Genetik

Sumber Gambar: Teknologi.com

Genetik ini bermaksud masalah obesiti diwarisi dari ahli-ahli keluarga kita yang lain terutamanya ibu bapa.

 

Tak dapat dinafikan bahawa punca ini sukar untuk dielakkan namun sebagai seorang yang bertanggungjawab ke atas kesihatan kita, kawal pemakanan dan aktiviti seharian.

 

Masalah yang berkaitan genetik ini kebiasaannya melibatkan tahap metabolisme seseorang.

 

Jika seseorang itu ada tahap metabolisme tinggi, makan banyak mana pun badan memang tak akan naik berat badan dan cara untuk tingkatkan metabolisme ini adalah dengan melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

 

Jadi, lebihkan berjalan dan lakukan senaman di waktu petang ya Maduners semua.

#3 Kurangnya Aktiviti Fizikal

Aktiviti Fizikal

Populasi Malaysia antara negara yang mempunyai kadar aktiviti yang paling rendah dalam kalangan penduduknya.

 

Macam yang Madu cakap tadi, bila kurang aktiviti fizikal maka rendahlah tahap metabolisme kita.

 

Jadi Maduners semua, tolonglah jaga pemakanan lepas itu kalau nak juga makan makanan yang tinggi kalori pastikan cover balik dengan senaman dan aktiviti fizikal yang banyak.

 

Kenapa perlu aktiviti fizikal? Sebab nak bakar semula lemak-lemak terkumpul di badan.

 

Jadi jaga pemakanan dan kurangkan pengambilan gula yang berlebihan.

Post a Comment