Terlalu ‘Perfectionist’ Punca Individu Alami Burnout? – Manis Madu
Terlalu Perfectionist Punca Individu Alami Burnout

Terlalu ‘Perfectionist’ Punca Individu Alami Burnout?

Maduners pernah dengar tak tentang ‘burnout’? Akhir-akhir ini terma burnout kerap digunapakai bagi menggambarkan keadaan stres di tempat kerja.

Burnout didefinisikan sebagai keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangka masa yang amat panjang.

terlalu banyak tekanan kerja

Betul ke terlalu perfectionist boleh jadi punca masalah burnout berlaku?

 

Ya! Personaliti individu yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas adalah antara punca berlakunya burnout. Ini kerana, sikap tersebut akan membuatkan individu tersebut melakukan apa-apa perkara dengan sangat bersungguh-sungguh dan tidak akan berpuas hati selagi hasil sesuatu pekerjaan itu tidak seperti yang dinginkan.

 

Antara faktor lain berlakunya burnout adalah faktor kerja berlebihan, tekanan atau stres, wujudnya rasa rendah diri dan lain-lain.

 

Haa, kalau ada dalam kalangan Maduners yang merasakan diri mereka mengalami burnout, korang kena segera atasi tau!

 

Antara perkara yang boleh korang buat adalah:

#1 Rehatkan Diri & Bercuti Daripada Kerja

Bercuti Daripada Kerja

Sekali sekala pergi lah bercuti dan rehatkan minda daripada memikirkan kerja. Buang segala kekusutan yang bersarang di minda!

#2 Lakukan Aktiviti Relaksasi

Lakukan Aktiviti Relaksasi

Antara aktiviti yang boleh korang buat adalah meditasi, yoga, mendengar muzik atau apa-apa aktiviti santai yang lain untuk mengisi masa daripada berfikir tentang kerja.

#3 Buat Perancangan Atau Jadual

Buat Perancangan Atau Jadual

Perancangan yang betul tentang aktiviti harian korang sangat penting supaya korang dapat melakukan semua tugasan dengan teratur. Buat lah jadual atau beli planner untuk memudahkan korang merancang aktiviti dengan lebih baik.

#4 Kurangkan Masa Dengan Gajet

silver iPhone 6 on rack

Pengunaan telefon pintar harus diakui kadangkala menyebabkan tekanan yang dialami berterusan. Maka, korang perlu hadkan penggunaan telefon dan peruntukkan masa tertentu untuk membalas perkara berkaitan kerja.

 

Madu hanya boleh cakap, hidup kita ini sekejap jerr untuk dibazirkan dengan perkara yang boleh datangkan stres. Sekali sekala beri ruang pada diri sendiri untuk menikmati hidup dengan tenang dan bahagia.

Post a Comment